Tuesday, August 28, 2012

BookXcess

Hai sayang,

Abang rasa tak jadi ikut Ary pergi India sebab abang ada banyak kerja. Abang kena semak beberapa laporan. Anak-anak pun penat lagi dari Cherating-Sabah-Sarawak. Memang raya sakan. Tak tahulah macam mana nak bawa beg Umar yang empat tu.

Semalam, masa jalan-jalan terjumpa kedai buku. Anak-anak tak nak pergi mana dah lepas tu. Langsung singgah sampai 2 jam. Umar beli buku untuk Adam. Sukalah Adam tu. Lepas kena bebel-bebel dapat buku.

Abang dekat airport. Flight lagi 2 jam. Abang sampai KL lepas tu nak pergi Johor - ziarah kubur Mak. Dah lama tunda nak ziarah Mak. Tapi rasanya kena tunda lagi. Abang jumpa iklan Big Bad Wolf (kolabrasi dengan BookXcess) buat sale dekat Penang. Ocio ajak pergi. Rombongan dengan 3 bas.

Kalau semua orang nak pergi, maknanya tak ada orang yang akan balik petang/malam ini. Pergi Penang dengan tiga makna -

·         Memang nak pergi Big Bad Wolf
·         Nak jalan-jalan dekat Penang
·         Nak tengok Buku Jalanan Penang 

Abang ada cakap pasal Buku Jalanan dekat Penang Sabtu ni. Kalau semua orang nak tengok Buku Jalanan, maknanya lagi semua orang akan mula balik rumah masing-masing mulai hari Ahad. Buku Jalanan Penang taklah besar macam dekat oversea tapi sekurang-kurang budak-budak muda yang gerakan Buku Jalanan ada inisiatif untuk pupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Big Bad Wolf mula hari ini. Rancangnya, sampai KL terus hantar beg ke rumah – bawa yang perlu. Hari ni turn Ary kena drive bas. KL-Penang dalam 3 jam perjalanan. Hari ini mungkin tak ramai sangat orang sebab budak-budak masih bersekolah. Kalau sesak, abang tak nak masuk. Nanti kesian Adam. Abang  minta Ocio jadi Umar & Huda. Huda dah excited nak beli buku origami. Umar tak ada pelan nak beli apa-apa buku. Dia macam Daddy – tengok buku,berkenan di hati, terus beli. Tak ada senarai khusus.

Untuk minggu ni, badan abang okey, tak cramp. Abang makan ubat awal, abang tidur awal. Tidur malam pun lena. Pukul 3 pagi kena bangun bagi Adam susu macam biasa. Doktor suruh abang betulkan waktu tidur, abang dah betulkan. Sekarang abang tidur sebelum pukul 12 malam. Awal sangat rasanya tapi dapat bangun awal. Rasa fresh.

Petpet ajak tengok sambutan Hari Kemerdekaan dekat KL. Jalan banyak tutup, sampai  3 hari pula tu. Tak pasti lagi nak pergi ke tak. Belum undi. Kalau ramai yang nak pergi, kenalah pergi. Lagipun, selalunya sibuk nak tengok sambutan Hari Kemerdekaan negara orang, sekali sekala kena raikan kemerdekaan negara sendiri (alasan Petpet). Kalau pergi tengok sambutan Hari Kemerdekaan – tak pergilah Buku Jalanan.

Jaga diri bila masuk Serbia nanti. Pastikan semua dokumen ada. Visa paling penting. Enjoy your trip, honey.

There may be many flowers in a man's life, but there is only one rose.


xoxo

Sunday, August 26, 2012

Red


The rose speaks of love silently, in a language known only to the heart. 


from Bucharest...

Saturday, August 25, 2012

Melihat orang lain bahagia kadang-kadang buat saya terluka.


Awak cakap pejam-celik-pejam-celik awak dah balik. Tapi saya rasa macam masa lambat sangat berlalu. Saya tak tahu apa yang saya rasa. Saya tak rasa sedih. Saya cuma rasa hidup saya tak lengkap. Mungkin saya rindukan awak melebihi had. Walaupun ada ramai orang di sekeliling saya tapi tak sama, saya tetap rasa kosong. Ada bahagian dalam diri saya yang hilang.

Awak pun tahu saya suka pendam daripada luahkan. Saya tak pandai nak cakap. Saya tak pandai nak luahkan. Mungkin sebab itu e-mel saya pendek. Kadang-kadang saya tak tahu pun nak cerita apa. Kadang-kadang saya e-mel awak waktu saya tengah rasa sakit tapi saya tak nak cakap. Saya tak nak awak susah hati sebab saya. Saya tak nak kacau masa awak bergembira dekat sana.

Doktor telefon saya semalam. Dia suruh saya buat kimoterapi. Saya masih dekat Sabah. Sabah memang cantik, segala-galanya cantik. Tapi saya lebih rindukan awak. Saya rasa tak seronok. Mungkin saya cemburu dengan abang dan kakak-kaka saya. Melihat orang lain bahagia kadang-kadang buat saya terluka. Ironi bukan. Sepatutnya, saya doakan orang lain bahagia dan tumpang bahagia lihat orang lain gembira. Tapi saya tak boleh tipu diri sendiri...

Mungkin saya di buai waktu. Mengira hari awak balik terasa lambat. Saya cuba sibukkan diri dengan kerja tapi saya hilang fokus. Awak sudah ambil sebahagian dari diri saya. Mungkin saya di buai perasaan yang sukar di kawal. Mungkin kerana saya terlalu rindukan awak. Entah...saya sendiri tak pasti. Hari ini hari Ahad dan saya tak ada mood. Semalam, saya cuma duduk dalam bilik.

Saya cuba bangun, saya cuba berdiri, saya nak berjalan. Saya nak dukung Adam. Tapi satu pun tak menjadi. Saya jatuh berkali-kali sampai tersungkur. Macam mana saya nak berjalan kalau tangan pun tak kuat nak pegang kerusi roda, nak paut pada meja. Saya jadi marah, saya rasa nak mengamuk. Saya tak ada awak untuk tenangkan saya, untuk kurangkan kemarahan saya...

Saya tak tahu saya marahkan siapa. Mungkin saya marahkan Tuhan sebab saya rasa saya tak mampu lagi nak tahan cabaran. Mungkin saya marahkan diri sendiri sebab tak mampu nak berdikari. Saya tak mampu nak makan sendiri. Ada beberapa ketika saya tak mampu ambil wuduk dan mandi sendiri. Semuanya perlukan pertolongan orang. Orang lihat saya dengan mata simpati. Saya tak suka orang pandang saya dengan mata kasihan. Saya tak suka di beri keistimewaan. Saya nak jadi normal macam dulu. Kadang-kadang saya rasa penat pujuk diri sendiri terima kenyataan yang saya tak normal lagi.

Kalau mata saya buta apa lagi yang saya boleh buat? Memang saya rasa dunia tak adil. Saya rasa macam-macam kesakitan. Saya rasa macam-macam penderitaan sedangkan saya tengok orang lain tak sesusah saya. Saya tak ada lagi rasa nak bunuh diri macam dulu. Saya rasa, cuma Tuhan yang mampu ambil kesakitan saya dengan mengambil nyawa saya. 

Sementara itu, kitaran akan berulang. Saya perlu pujuk diri terima kenyataan, saya rasa putus asa, orang akan berikan semangat, saya rasa kuat dan nak terus hidup dan kitaran yang sama akan berulang. Saya akan pujuk diri bahawa bukan saya seorang yang hidup susah, ada ramai lagi yang hidup sengsara di luar sana cuma saya saja yang tak tahu dan segala macam kata motivasi diri. Sebenarnya, semua itu hanya untuk menipu diri sendiri supaya saya boleh hidup sehari lagi...

Subuh tadi, Adam minta dukung. Dan saya tak mampu...saya rasa teruk sangat. Saya rasa nak marah dengan diri sendiri lagi... Saya tak akan rasa hampa macam ini kalau Tuhan ambil saja nyawa saya... 

Tuesday, August 21, 2012

Keumala


Entah bagaimana rasanya jika dunia terang menjadi gelap. Silau mata semakin menjadi-jadi. Tiada lagi buku, tiada lagi tv, tiada juga lappy

Semuanya akan menjadi gelap, seperti yang di rasakan Keumala...

...rasa membuat aku mengenal waktu... - Keumala

Friday, August 17, 2012

Buku


MPH buat promosi bulan ini - penghantaran percuma dengan beberapa buah buku di beri diskaun. Membeli secara atas talian memang menyenangkan tapi jika di beri kesempatan saya lebih suka membeli di kedai. Duduk berjam-jam membelek buku-buku dapat mendamaikan hati.

Saya suka melihat, membelek, memegang dan mencium harum buku. Di Malaysia, banyak kali saya kena halau dari kedai buku kerana terlalu lama membelek dan kadang-kadang membaca beberapa halaman dan jika tidak berkenan - letak kembali di rak. Hanya kedai rangkaian seperti Popular, Kino, Borders, dan MPH yang benarkan pelanggan membaca sebelum membeli. Lantas, saya lebih senang ke kedai rangkaian. Kedainya mewah dan selesa. 

Minggu lepas, dua kotak buku sampai dari AS. Bukan buku saya, buku cerita untuk anak-anak karya Dr. Seuss. 

Malaysia tidak ketandusan penulis yang baik sama ada penulis aliran mainstream mahupun alternatif. Saya menyukai karya Tehrani yang penuh idealistik. Saya turut mengagumi Roslan Jomel. Karya beliau lain daripada yang lain. Begitu juga dengan Aidil Khalid. Jika Wan Nor Azriq terbitkan kritikan sasteranya, saya pasti beli.

Ada beberapa karya alternatif yang saya beli antara lain ialah .44 dan BIN. Khairil Hisyam, Luc Abdullah antara penulis yang baik. Saya menyenangi karya mereka. Saya turut membeli Fixi. Kiranya, sebagai pembaca, saya baharu sahaja mengenali konsep pulp fiction menerusi Fixi yang saya sendiri masih kabur-kabur maknanya. Kasino dan Pecah antara novel terbaik keluaran Fixi. 

Saya bercadang membeli sebuah rumah di Meru Hills untuk di jadikan tempat meletak koleksi buku. Ruang rumah saya tidak mampu menampung koleksi buku. Saya tak mahu meletakkannya di lantai - seolah-olah biadap. Ungku Aziz meletakkan buku-bukunya berjumlah 4000 di sebuah rumah khas - begitulah sifatnya orang menghargai ilmu.

Adik bongsu saya amat menyenangi buku dan di usia 20 tahun dia sudah membeli sebuah rumah untuk meletak buku-bukunya. Rumah kecil di England, sangat klasik reka bentuknya (dia merekanya sendiri) dan di buat menggunakan kayu. Masanya banyak di habiskan di situ. Menyusun, mengemas dan memastikan buku-bukunya berbalut dan tidak rosak. 

Setiap seorang ahli keluarga saya mempunyai bilik kecil untuk di jadikan bilik bacaan. Saya mewarisi tabiat ini dari kedua orang tua saya. 

Sekadar memberitahu, Salina telah di terbitkan semula oleh Wira Bukit dalam naskah kulit keras dengan harga RM 65 dan cetakannya terhad. Salina, saya kira novel wajib baca Malaysia. Jika berminat bolehlah menempahnya dari Helmi Samad.

Thursday, August 16, 2012

Love

Love is exciting, each moment I spend with you.

Wednesday, August 15, 2012

[3]


1
Setiap tahun undi di buat. Tahun ini kalau mengikut undian akan beraya di US tapi last minute macam ramai decide nak balik Malaysia. Lagi dua hari kita akan berhari raya dan persiapan raya belum di buat. 

Kalau beraya di Ipoh mestilah ruang rumah tak cukup untuk menampung 33 keluarga. Undi semula sama ada akan beraya di TTDI atau "kampung". Sebenarnya tak adalah "kampung" sangat dan bukan "kampung" kami pun.

Tak ada apa-apa yang spesifik di situ kerana kami di besarkan di TTDI. Cuma, Ummi amat menyukai tempat yang di panggil kampung itu. Lalu, di bina sebuah rumah besar di tepi sungai di sebuah tempat terpencil. 

Hari ini perlu balik ke KK. Rumah besar perlu di bersihkan. Sekurang-kurangnya untuk bersihkan habuk dan mop lantai. Langsir tak perlu di tukar. Perabot masih elok. Rumah ini dan rumah di TTDI adalah rumah rasmi untuk ahli keluarga berkumpul.

Semalam, 5 keluarga sampai dari destinasi masing-masing. Hari ini dan seterusnya akan menyusul. Selalunya diperlukan 3 bas untuk konvoi balik kampung. Keluarga kami mempunyai bas sendiri sebab ahli keluarganya ramai. 

Harap-harap ramailah yang sampai awal sebab banyak kerja perlu di buat. Tukang masak kali ini nampaknya masih Ocio. Program tak ada yang banyak berubah. Bermula malam ini hingga Sabtu jika berkesempatan akan di adakan tahlil. 

Bermula malam ini - pihak lelaki akan mengemas rumah, pihak perempuan akan memasak. Tengah malam akan ada qiam seterusnya bacaan Quran sebelum & selepas Subuh. Dan, pastinya rumah tersebut akan terang seperti selalunya - seperti kedua ibu dan ayah kami ada di sisi...

Mungkin selepas raya akan ke Johor menziarah kubur Mak, Walid & adik-adik. Sudah lama ingin menziarah tetapi selalu tertangguh. Hampir 2 bulan. Mungkin juga akan terbang ke beberapa buah tempat jika berkesempatan. 


2
Harap-harap keputusan mengambil Adam adalah tepat. Proses pengambilan sedang di uruskan oleh peguam. Aiman dapat kerja baru di MISC. Dia tak mampu jaga Adam kerana perlu beri komitmen yang tinggi pada tanggung jawab baru. Sebenarnya, Adam itulah tanggung jawabnya paling besar sekali.

Dia ambil Adam dari rumah anak yatim kerana hidupnya sunyi. Bila ada anak, dia rasa tanggung jawab itu terlalu berat. Ahkirnya, bila dapat kerja baru dia terpaksa berikan hak jagaan Adam kepada orang lain. Tak tahulah apa yang dia fikirkan sebenarnya. Harap-harap dia tak akan ambil Adam semula selepas menyerahkan hak jagaan kepada saya.

Ramai yang cakap keputusan saya menjaga Adam adalah salah kerana saya sendiri tak mampu jaga diri. Tapi, siapa tahu, Adam membawa "sesuatu" kepada saya. Bermulalah semula rutin berjaga malam, beri minum susu dan temankan dia. Cuma setakat ini Ocio yang bantu tolong mandi dan tukarkan lampin. 

Umar belum boleh terima Adam sepenuhnya. 


3
Selamat mengembara ke Glasgow sayang. 

Tuesday, August 14, 2012

[2]

1
Kena jumpa psikiatri. Kemungkinan selepas raya perlu ambil rawatan susulan. Saya mengidap Post Traumatic Stress Disorder (PTSD). 


2
'Kekasih' abang saya bersalin lagi. Anak kedua. Nama bayi  di beri  hampir-hampir dengan nama abang saya atau lebih tepatnya nama yang pernah abang saya idam-idamkan bila dia ada anak nanti.

Kebetulan yang sukar di terima.

Siapalah wartawan yang tak berlesen yang beritahu hal ini kepada Ocio. Tak perlu pun saya rasa. Cukuplah, biarlah Ocio hidup bahagia.


3
Aiman datang dan akan bincang tentang Adam. Bila Aiman dapat kerja mustahil dia dapat jaga Adam. Dan mustahil kita akan biarkan Aiman hantar Adam kembali ke rumah kebajikan.

Kalau kita jaga Adam macam mana?


4
Umar merajuk sebab Huda pasang lagu Najwa Latif feat Sleeq.


5
Saya sayang awak. Tolong jangan jatuh cinta dengan jejaka Scottish sebab saya lebih kacak, macho, handsome lagi bergaya.

Jaga diri sayang.

xoxo

Monday, August 13, 2012

Kegembiraan yang di kongsi akan menjadi berlipat ganda

Pagi tadi Umar telah serahkan hasil jualan bazar kepada pihak yang mengutip derma untuk bantu kaum Rohingya dan beberapa buah rumah anak yatim. Gerai kami telah di tutup secara rasminya menjelang minggu ketiga Ramadhan.

Minggu ketiga Ramadhan lebih sesuai di gunakan untuk meraikan Ramadhan. Tambahan pula tidak lama selepas itu adalah malam Lailatulqadar. Selepas habis jualan di gerai, Umar menjual biskut raya. Saya pun tak pasti dari mana dia dapatkan stok biskut raya. Sedar-sedar ada lori hantar berkotak-kotak biskut ke rumah.

Semuanya habis malah ada tempahan yang tak dapat di penuhi kerana stok yang di ambil kali kedua juga sudah habis. Umar memang pandai berniaga. Huda agak malu-malu sedikit bila berdepan dengan orang ramai. Lagipun, Huda perlu siapkan tempahan untuk satu majlis yang akan di adakan pada bulan September. Tempahan berbentuk kraf.

Semuanya sudah di selesaikan. Rasanya selepas ini saya mungkin tak beri keizinan untuk Huda mengambil sebarang tempahan kerana separuh dari masanya di gunakan untuk menyiapkan tempahan dan saya kasihan melihat dia yang keletihan.

Selepas beberapa hari tanpa aktiviti kemasyarakatan, hari ini Umar cadangkan satu aktiviti yang sudah lama saya tinggalkan - menyediakan menu sahur untuk di berikan kepada orang yang kurang mampu sekitar Ipoh. Aktiviti ini hanya di buat suka-suka sahaja. Lagipun tinggal beberapa hari lagi menjelang hari raya.

Aktiviti memasak dan memberikan kepada geladangan merupakan antara aktiviti kegemaran saya dan adik-beradik yang lain. Aktiviti ini sama seperti apa yang di buat oleh skuad Food Not Bomb. Saya rasa gembira kerana dapat beramal serba sedikit. Berkongsi sedikit rezeki dengan orang lain. Sebenarnya kita bukan sahaja berkongsi rezeki tetapi kebahagiaan dan kegembiraan.

Kegembiraan yang di kongsi akan menjadi berlipat ganda - John Ray

[1]

1
Saya dapati ada sebuah novel berjaya membuat mata saya mengantuk lalu tidur dengan lena. Wah! Saya suka novel ini (sebab membantu saya tidur). Semalam dan tengah hari tadi saya tidur dengan nyenyaknya.


2
Umar main bunga api. Pertama kali dalam hidup! Dan dia sangat happy!

Daddy: Mana Umar dapat bunga api?
Umar: Adik beli dari pasal[r]an t[g]elap.
Daddy: Amboi! Dahsyatnya!
Umar: *muka bangga*


3
Kakak pasang lagu Kaka feat Zizan. Umar merajuk! Akhirnya...ada juga lagu lain selain suara Maher Zain.

Umar: Kakak buli adik.
Daddy: Kakak buat apa?
Umar: Kakak tak pasang lagu Maher Zain.
Daddy: Okey apa. Daddy pun suka.
Umar: [S]Temua o[r]lang buli adik. Adik nak ngadu dekat mama.
Daddy: *gelak suka*

Saturday, August 11, 2012

Pinjaman dari Tuhan

Segala-galanya Tuhan pinjamkan buat kita. Dari harta benda, ibu bapa, anak-anak, kawan-kawan dan segalanya – pinjaman dari Tuhan buat kita. Kehilangan orang-orang yang kita sayang bukan mudah untuk di tempuh. Mengambil masa untuk sembuh.

Masalah kita ialah kita tak sedar segala-gala ialah pinjaman dari Tuhan. Kita selalu fikir bahawa mereka ialah hak mutlak kita. Sebenarnya tanpa kita sedari kita menafikan bahawa segala harta benda dan orang-orang yang kita sayang itu milik Tuhan.

Tuhan pinjamkan kita tubuh yang sihat. Tapi Tuhan juga boleh ambil kembali kesenangan yang Dia beri. Kadang-kadang Tuhan cuma tarik nikmat yang Dia beri buat sementara waktu kerana Dia mahu menguji kita.

Nilai kita telah banyak berubah. Kita lebih sayangkan harta benda dari ibu bapa. Kita lebih kisahkan kerja dari anak-anak. Kita kejarkan kesenangan lantas mengorbankan nilai kasih sayang. Masa kita terlalu berharga untuk insan-insan yang berada di sekeliling mereka. Tanpa kita sedar mereka telah tiada.

Kita tidak akan pernah bersedia untuk kehilangan insan-insan ini. Perpisahan sesuatu yang amat memeritkan. Kesedihannya sukar di gambarkan dengan kata-kata. Kerana kita tak bersedia maka kita lalai dalam menghargai mereka dan Tuhan tak akan berikan kita notis bila kita akan kehilangan orang-orang yang DIA pinjamkan buat kita. 

Saya tak punya ibu ayah untuk saya salam dan kucup tangan mereka di pagi raya. Moga-moga orang yang masih punya insan yang istimewa dan agung ini menghargai mereka sebaiknya. Mereka adalah anugerah yang Tuhan pinjamkan buat kita.

Lantas kerana kesibukan kita tak punya banyak masa buat mereka. Gunakanlah masa yang ada sebaik-baiknya supaya di hujungnya nanti kita tidak sekali-kali menyesal kerana mengabaikan pinjaman dari Tuhan ini.

Awak, pinjaman Tuhan terhebat buat saya.

Wednesday, August 08, 2012

Merdeka


1.
Saya sedang muat turun 10 Tahun Sebelum Merdeka, sebuah dokumentari Fahmi Reza. Dokumentari ini pernah menjadi kontroversi tidak lama dulu. Perkara yang di bangkitkan oleh Fahmi Reza adalah perkara di luar pengetahuan masyarakat Malaysia iaitu Peristiwa Hartal 1947.

Saya bercadang menyambut kemerdekaan dengan menonton 1957: Hati Malaya karya Suhaimi Baba dan dokumentari menarik 10 Tahun Sebelum Kemerdekaan. Pembikinan dokumentari ini kemas dan teratur. Susunan runut bunyi juga agak baik untuk sebuah dokumentari. 

Filem adalah  cerminan budaya. Filem juga merupakan alat propaganda yang paling mudah untuk membina hegemoni. Melalui 1957: Hati Malaya, propaganda kerajaan di cucuk halus ke minda penonton. Mana-mana pembikin filem pastinya mempunyai  tujuan dan agenda tertentu dalam menghasilkan sebuah karya. 

Saya tidak mendidik anak-anak dengan ideologi tertentu. Saya juga tidak cuba untuk menerapkan ideologi tertentu kepada anak-anak sementelahan kami berdua (saya dan dia) masing-masing mempunyai haluah berbeza. Kami tidak sepakat mengenai politik.

Saya cuba bukakan jalan untuk anak-anak meneroka perkara baru tidak kiralah dari perspektif kiri atau kanan. Tidak semua yang datangnya dari haluan kiri itu bagus dan sebaliknya. Perspektif kita di bentuk oleh alam sekeliling. 

Mungkin ada yang akan cakap budak-budak kecil tidak sepatutnya di dedahkan dengan politik kerana mereka tidak matang. Pada saya, anak-anak tidak kira kecil, besar sepatutnya di beri peluang untuk berfikir sendiri. 

Ibu bapa tidak boleh beranggapan bahawa anak-anak mereka tidak matang dan sukar untuk berfikir secara kendiri. Tanggapan ini salah sekali. Sejak kecillah kita perlu terapkan budaya ilmu supaya mereka terbiasa hingga dewasa.


2.
Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini amat suram. Tidak banyak kenderaan/rumah yang mengibarkan bendera. Rasanya seperti rakyat Malaysia kehilangan semangat untuk meraikannya. Mungkin juga ramai beranggapan bahawa sambutan ini tidak perlu kerana ‘negara kita tidak pernah di jajah’ oleh mana-mana kolonial.

Ada banyak isu kenegaraan yang masih belum selesai. Ada banyak perkara yang perlu di dedahkan dengan jujur oleh pihak-pihak tertentu. Ada wira-wira yang masih belum terpahat nama mereka dalam kalangan orang yang harus di beri penghargaan. Hal-hal inilah yang memerlukan kajian akademik yang tinggi supaya rakyat Malaysia tahu fakta sebenar.


 3.
Laman sesawang ini di beri nama Cloudfable dan Tribefable, baru di buka. Saya kira laman ini amat baik kerana mempunyai penulis yang berbakat dan berpengetahuan tinggi seperti Fadli al-Akiti dan Wan Nor Azriq. Ada banyak perkara yang boleh di manfaatkan di sini.