Awak cakap
pejam-celik-pejam-celik awak dah balik. Tapi saya rasa macam masa lambat sangat
berlalu. Saya tak tahu apa yang saya rasa. Saya tak rasa sedih. Saya cuma rasa
hidup saya tak lengkap. Mungkin saya rindukan awak melebihi had. Walaupun ada
ramai orang di sekeliling saya tapi tak sama, saya tetap rasa kosong. Ada bahagian dalam diri saya yang hilang.
Awak pun tahu
saya suka pendam daripada luahkan. Saya tak pandai nak cakap. Saya tak pandai
nak luahkan. Mungkin sebab itu e-mel saya pendek. Kadang-kadang saya tak tahu pun nak cerita
apa. Kadang-kadang saya e-mel awak waktu saya tengah rasa sakit
tapi saya tak nak cakap. Saya tak nak awak susah hati sebab saya. Saya tak nak kacau masa awak bergembira dekat sana.
Doktor telefon saya semalam. Dia suruh saya buat kimoterapi. Saya masih dekat Sabah. Sabah memang cantik,
segala-galanya cantik. Tapi saya lebih rindukan awak. Saya rasa tak seronok. Mungkin
saya cemburu dengan abang dan kakak-kaka saya. Melihat orang lain bahagia
kadang-kadang buat saya terluka. Ironi bukan. Sepatutnya, saya doakan orang
lain bahagia dan tumpang bahagia lihat orang lain gembira. Tapi saya tak boleh
tipu diri sendiri...
Mungkin saya di
buai waktu. Mengira hari awak balik terasa lambat. Saya cuba sibukkan diri
dengan kerja tapi saya hilang fokus. Awak sudah ambil sebahagian dari diri
saya. Mungkin saya di buai perasaan yang sukar di kawal. Mungkin kerana saya
terlalu rindukan awak. Entah...saya sendiri tak pasti. Hari ini hari Ahad dan
saya tak ada mood. Semalam, saya cuma duduk dalam bilik.
Saya cuba
bangun, saya cuba berdiri, saya nak berjalan. Saya nak dukung Adam. Tapi satu
pun tak menjadi. Saya jatuh berkali-kali sampai tersungkur. Macam mana saya nak
berjalan kalau tangan pun tak kuat nak pegang kerusi roda, nak paut pada meja.
Saya jadi marah, saya rasa nak mengamuk. Saya tak ada awak untuk tenangkan
saya, untuk kurangkan kemarahan saya...
Saya tak tahu
saya marahkan siapa. Mungkin saya marahkan Tuhan sebab saya rasa saya tak mampu
lagi nak tahan cabaran. Mungkin saya marahkan diri sendiri sebab tak mampu nak
berdikari. Saya tak mampu nak makan sendiri. Ada beberapa ketika saya tak mampu
ambil wuduk dan mandi sendiri. Semuanya perlukan pertolongan orang. Orang lihat
saya dengan mata simpati. Saya tak suka orang pandang saya dengan mata kasihan.
Saya tak suka di beri keistimewaan. Saya nak jadi normal macam dulu.
Kadang-kadang saya rasa penat pujuk diri sendiri terima kenyataan yang saya tak
normal lagi.
Kalau mata saya
buta apa lagi yang saya boleh buat? Memang saya rasa dunia tak adil. Saya rasa
macam-macam kesakitan. Saya rasa macam-macam penderitaan sedangkan saya tengok
orang lain tak sesusah saya. Saya tak ada lagi rasa nak bunuh diri macam dulu.
Saya rasa, cuma Tuhan yang mampu ambil kesakitan saya dengan mengambil nyawa
saya.
Sementara itu, kitaran akan berulang. Saya perlu pujuk diri terima
kenyataan, saya rasa putus asa, orang akan berikan semangat, saya rasa kuat dan
nak terus hidup dan kitaran yang sama akan berulang. Saya akan pujuk diri
bahawa bukan saya seorang yang hidup susah, ada ramai lagi yang hidup
sengsara di luar sana cuma saya saja yang tak tahu dan segala macam kata motivasi
diri. Sebenarnya, semua itu hanya untuk menipu diri sendiri supaya saya boleh
hidup sehari lagi...
Subuh tadi, Adam
minta dukung. Dan saya tak mampu...saya rasa teruk sangat. Saya rasa nak marah
dengan diri sendiri lagi... Saya tak akan rasa hampa macam ini kalau Tuhan
ambil saja nyawa saya...