Wednesday, August 15, 2012

[3]


1
Setiap tahun undi di buat. Tahun ini kalau mengikut undian akan beraya di US tapi last minute macam ramai decide nak balik Malaysia. Lagi dua hari kita akan berhari raya dan persiapan raya belum di buat. 

Kalau beraya di Ipoh mestilah ruang rumah tak cukup untuk menampung 33 keluarga. Undi semula sama ada akan beraya di TTDI atau "kampung". Sebenarnya tak adalah "kampung" sangat dan bukan "kampung" kami pun.

Tak ada apa-apa yang spesifik di situ kerana kami di besarkan di TTDI. Cuma, Ummi amat menyukai tempat yang di panggil kampung itu. Lalu, di bina sebuah rumah besar di tepi sungai di sebuah tempat terpencil. 

Hari ini perlu balik ke KK. Rumah besar perlu di bersihkan. Sekurang-kurangnya untuk bersihkan habuk dan mop lantai. Langsir tak perlu di tukar. Perabot masih elok. Rumah ini dan rumah di TTDI adalah rumah rasmi untuk ahli keluarga berkumpul.

Semalam, 5 keluarga sampai dari destinasi masing-masing. Hari ini dan seterusnya akan menyusul. Selalunya diperlukan 3 bas untuk konvoi balik kampung. Keluarga kami mempunyai bas sendiri sebab ahli keluarganya ramai. 

Harap-harap ramailah yang sampai awal sebab banyak kerja perlu di buat. Tukang masak kali ini nampaknya masih Ocio. Program tak ada yang banyak berubah. Bermula malam ini hingga Sabtu jika berkesempatan akan di adakan tahlil. 

Bermula malam ini - pihak lelaki akan mengemas rumah, pihak perempuan akan memasak. Tengah malam akan ada qiam seterusnya bacaan Quran sebelum & selepas Subuh. Dan, pastinya rumah tersebut akan terang seperti selalunya - seperti kedua ibu dan ayah kami ada di sisi...

Mungkin selepas raya akan ke Johor menziarah kubur Mak, Walid & adik-adik. Sudah lama ingin menziarah tetapi selalu tertangguh. Hampir 2 bulan. Mungkin juga akan terbang ke beberapa buah tempat jika berkesempatan. 


2
Harap-harap keputusan mengambil Adam adalah tepat. Proses pengambilan sedang di uruskan oleh peguam. Aiman dapat kerja baru di MISC. Dia tak mampu jaga Adam kerana perlu beri komitmen yang tinggi pada tanggung jawab baru. Sebenarnya, Adam itulah tanggung jawabnya paling besar sekali.

Dia ambil Adam dari rumah anak yatim kerana hidupnya sunyi. Bila ada anak, dia rasa tanggung jawab itu terlalu berat. Ahkirnya, bila dapat kerja baru dia terpaksa berikan hak jagaan Adam kepada orang lain. Tak tahulah apa yang dia fikirkan sebenarnya. Harap-harap dia tak akan ambil Adam semula selepas menyerahkan hak jagaan kepada saya.

Ramai yang cakap keputusan saya menjaga Adam adalah salah kerana saya sendiri tak mampu jaga diri. Tapi, siapa tahu, Adam membawa "sesuatu" kepada saya. Bermulalah semula rutin berjaga malam, beri minum susu dan temankan dia. Cuma setakat ini Ocio yang bantu tolong mandi dan tukarkan lampin. 

Umar belum boleh terima Adam sepenuhnya. 


3
Selamat mengembara ke Glasgow sayang.