Thursday, November 21, 2013

1:51am

Masih di wad. 

Selesai baca 15 halaman. Mengambil masa 3 jam. Membaca dengan satu mata yang kabur-kabur. Sebelah mata sudah tidak berfungsi atau bahasa ringkasnya sudah buta.

***

Selamat pulang Huda, Umar & Adam. Dua bulan di tempat orang. Harap bawa pulang ilmu dan teladan.

Wednesday, November 20, 2013

Nota Gila

Kita berhujan, berpanas, bersalji ke merata tempat. Kau memang setia dengan aku. Atau lebih mudah, aku yang setia pada kau. Setiap kali kau di timpa kecelakaan, aku susah hati. Sebenarnya kau bukan siapa-siapa pun dalam hidup aku tapi entah - aku rasa kau amat penting dalam hidup aku. 

Aku kenal kau awal setahun sebelum aku jatuh cinta dengan Perempuan Dalam Hati. Perempuan Dalam Hati selalu kata aku sayang kau lebih dari dia. Kadang-kadang aku rasa dia merajuk bila aku lebih tumpukan  kau berbanding dia terutama bila kau di timpa masalah.

Engkau yang bukan sesiapa bisa buat aku moody berhari-hari. Ini hubungan yang aneh. Aku sayangkan kau. Tolonglah jadi okey. Pagi tadi doktor tegur. Doktor tanya kenapa mata aku basah. Aku tak jawab apa-apa. Nanti doktor cakap aku gila.

Apa-apa pun, tolonglah jangan ucap selamat tinggal. Sungguhpun kau cuma tinggal kepingan - aku masih setia dan tak mahu lepaskan kau pergi. Kalaulah nurse tak jatuhkan kau siang tadi. Mujur kau masih berfungsi.

Kau cuma laptop. Tapi aku sayang kau segila ini. Terima kasih kerana banyak berbakti pada aku. Aku akan cuba cari barang-barang badan kau supaya hidup kau sempurna seperti biasa. 

Ketika aku menaip ini - mata aku masih basah. Sungguh, kau amat istimewa buat aku. Ini memang nota gila tapi biarlah.

Monday, November 18, 2013

Nota 0.01

Tak tahu berapa banyak masa yang tinggal.

Sunday, November 17, 2013

1:26am

Hampir seminggu masuk wad.  Tiga hari di ICU.
Nak balik rumah. Wad tak best. 



Columbia Hospital 
13 Muharam