Thursday, July 02, 2026

Tentang Pensel

Hai Ummi,

Hari ini Im bawa penghuni asrama anak yatim keluar untuk beli keperluan sekolah. Bermula dari pakaian sekolah, beg, kasut, stokin hingga alat tulis. Semuanya sudah lengkap. Banyak kenangan yang datang terutama ketika membeli alat tulis. Im teringin pensel warna Staedtler dengan 48 pilihan warna. Ummi belikan untuk Im pensel warna Stabilo dan Im tetap gembira.

Kawan-kawan sekelas ramai menggunakan Faber-Castell dan cat air (water color) pula daripada jenama Buncho. Im tak ingat jenama water color yang pernah Im guna — kecil sahaja, sekali guna sudah kering. Harganya murah. Tadi Im beli Faber‑Castell Polychromos 120 set warna untuk penghuni berusia 16-17 tahun kerana ramai antara mereka mengambil subjek Pendidikan Seni Visual.

Harganya sedikit mahal tapi warnanya cantik. Huda suka jenama ini berbanding Caran d’Ache. Anak-anak berusia 13-15 tahun pula Im belikan Staedtler 72 Design Journey Colouring Pencils. Adam selalu gunakan jenama ini kerana warnanya terang dan sekata. Bagi penghuni 10-12 tahun, Im belikan Staedtler 48. Terakhir, STABILO Swan 30 untuk anak-anak berusia 7-9 tahun.

Selesai beli pensel warna (lama juga sebab Im baca label setiap satunya), Im ke bahagian pensel dan pen. Im borong berkotak-kotak pensel dari pelbagai jenama. Ada banyak warna. Tak pernah jumpa pensel berwarna merah jambu, biru, hijau dan ungu. Im beli Jumbo, Noris dan beberapa jenis lagi daripada HB hinggalah 8B. Rupanya pensel Noris 2B menggunakan kayu kitar semula. Baru tahu.


5 Januari 2026

Cerita Kembar

Daddy: Pakai cantik-cantik. Hari ni kita nak pergi hiking
Hasha: Asha letih
Daddy: Aik belum pergi dah letih?
_

Daddy: Gown tak boleh. Nak daki bukit. Kang kena angin terbang habis orang nampak
Raysha: Acha tak nak seluar
Daddy: Semut gigit nak?
Raysha: Noooo


Hemu Village,
Jun, 2026

Hmm

Daddy: Kenapa rebel? Trip ni boring?
Huda: I wasn't expecting to spend my vacation in the middle of nowhere
Daddy: Umar, trip ni tak best?
Umar: Best
Daddy: Kenapa tak ikut daddy keluar?
Umar: Because Kakak isn't coming
Daddy: Adam?
Adam: Because Babang isn't coming
Daddy: A man should make his own decisions without depending on others
Huda: That's not fair
Daddy: It is fair. You're free to dislike this trip, but you're not free to ruin for everyone else. Don't decide for Umar and Adam. They can make their own choices. If you want to go home, get yourself a ticket and fly home. I don't care how you get it


June, 2026

Kakak Angkat

"Belum apa-apa dah cari pakej bagi kakak angkat"
"Alaaa eee sibuk tau"
"Bulan berapa? Winter?"
"Ha'a"
"Keluarga dia ada berapa orang? Laki, anak. Dekat 6 orang jugak kan? Mak, bapak, kakak, anak sedara campur? Haa tok dia. Lupa. Makcik dia apa nama tu. Huish ramai tu macam pergi haji hahaha"
"Melampau semua. Kita berangkat dengan dia aje"
"Mana tahu semua nak angkut. Untung jugak ada angkat-angkat. Makan orang belanja, kereta main swap je, rumah dapat free, cuti orang taja, tudung apa tak payah beli"
_

"Tak payah tengok skrin tunggu mesej"
"Mana ada"
"Hari ni hari ke berapa gaduh?"
"38"
"Siap kira macam orang nak habis pantang"
*muncung*
"Esok lusa dia mesej. Tak payah fikir"
"Kalau tak mesej acam mana?"
"Dia sibuk kot"
"Kita tahu aje jadual dia"
"Dia online tak?"
"Kita off, dia off"
"Gaduh ribut topan ke?"
"Bis semua kisah belas-belas tahun ungkit"
"Siapa ungkit? Ara ke dia?"
"Dua-dua"
"Nanti kita fikir eh? Kang tengah malam abang buat solat hajat minta dia cakap dengan Ara"
"Okey"
"Aduihhh sekolah perempuan ni"


21/6