Tuesday, November 05, 2024

Salah sendiri

"Abang cakap 'A woman can love one man but marry another'"
"Ha"
"Tapi kan"
"Nak argue jugak lagi"
"Mesti laaa"
"A man is a giver and provider. If he fails to meet a girl's expectations, he may lose her. Girls often seek the best. In the end, the best man wins. Trivia: A woman can love two men at the same time"
"Laki pun ehhh"
"Tapi laki setia"
"Sebelum kawin boleh percaya. Lepas kawin mmm"
"Ada la tu"
"Abang still tak move on?"
"Tak nak cakap hal tu"
"Alaaa kita nak tahu aje"
"Nak tahu apa?"
"Abang sedihkan apa?"
"Sedih la. Salah diri sendiri. Bukan salah orang. Kalau ada orang yang perlu di salahkan, yang bertanggungjawab…bukan sesiapa tapi abang. Dah tutup kes"
"Tapi kan"
"Abang nak tidur. Tadi suruh rehat"
"Jab laaa"


03-11-2024

Monday, November 04, 2024

Hidung darah

"Hidung darah astu nak pergi sembahyang"
"Dah berhenti"
"Tengok tu"
"Ra, baju dekat atas abang dah kemas. Ara jangan sepahkan lagi. Abang ada abang boleh kemas. Kalau abang mati, siapa nak kemas untuk Ara?"
"Badan panas sikit cakap pasal mati. Tak suka la"
"Faham tak abang cakap?"
"Tak dengar"
"Abang pergi dulu. Ingat tu jangan sepah"
"Jab tau kita hantar abang"
"Tak payah"
"Kita hantar astu kita tunggu"
"Abang nak lama sikit dekat masjid"
"Abang mmmm jangan cakap pasal mati"
"Masak apa hari ni?"
"Ayam penyet"
"Nanti kita makan sama"
"Nak peluk"
"Abang ada wuduk"
"Mmmm"
"Abang minta maaf untuk segala kekurangan abang"

Syurga duit

"Situ syurga business Malaysia. Tempat tak dapat trace kalau buat business. Segala business ada. Banking, investment, fintech, trust and wealth management, O&G, trading. Banyak syarikat luar"
"Tak pernah tahu"
"Operate dari sana tak ada cukai"
"Abang selalu pergi Kundasang tak?"
"Tak. Pergi masjid dekat KK je"
"Masjid aje?"
"Ye"
"Ye ke?"
"Habis tu nak pergi mana lagi?"
"Eleh"
"Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru-biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh hati saya rindu"
"Kenapa suka lagu tu? Nyanyi aje senyum"
"Abang tak suka Sabah. Abang suka Sarawak tapi gunung suka Kinabalu tak suka Niah"
"Apa kaitan, bang?"
"Tak ada kaitan haha"


25-10-2024

Berkira dengan anak

"Dapat lagi kes ada anak tapi harta tak nak bagi anak"
"Dia nak bagi siapa?"
"Jual semua. Anak nak harta cari sendiri. Apa punya mak bapak la"
"Rasa rugi ke acam mana?"
"Dulu dia hidup susah kerja teruk. Dia rasa tak adil anak merasa senang sebab usaha dia. Dia siap cakap anak menumpang harta dia. Apa pun dia tak tinggalkan untuk anak"
"Ada eh orang cenggini?"
"Ramai. Abang pernah hidup susah tak nak anak rasa susah macam abang. Cukup abang je rasa. Tak rugi pun tinggal harta untuk anak. Dia boleh teruskan legasi kita. Dia susah kita cuba bantu tapi jangan sampai tak pandai berdiri atas kaki sendiri. Entah mak bapak sekarang. Pelik je otak"


25-10-2024