Thursday, February 02, 2017

I didn't choose you, my heart did

Ramai orang beranggapan bahawa meminati seseorang, terpaut hati atau terpesona adalah petanda jatuh cinta. Perasaan jatuh cinta berlainan sama sekali dengan terpesona pada seseorang. Kita mungkin barangkali terpesona dengan kecantikannya sedang hati kita sama sekali tahu bahawa itu bukanlah cinta; sekadar terpesona dengan pandangan mata. 

Kita sebenarnya tak perlukan apa-apa sebab untuk jatuh cinta. Ia adalah kejadian semula jadi. Kita tak memilih untuk jatuh cinta. Kita tak buat apa-apa pilihan untuk jatuh cinta. Satu-satunya yang memilih untuk jatuh cinta adalah hati kita. Kita sendiri kabur malah tak punya jawapan sebab-sebab kita jatuh cinta seseorang itu. 

Saya kira begitulah serba sedikit tentang cinta. Saya jatuh cinta sewaktu berumur 18 tahun. Perempuan yang mencuri hati ketika itu masih kecil, baru menapak ke sekolah menengah. Riak wajahnya biasa sahaja; garang, tegas dan comel, sangat comel. Antara perempuan yang saya temui, dia tak berada dalam kategori cantik, dia tak manis. Dia biasa-biasa saja.

Dia benar-benar mencuri hati saya. Dia malah mencuri seluruh perhatian saya. Detik itu sangat manis, teramat manis. Saya barangkali tak akan dapat merasai perasaan itu dengan orang lain. Dia sangat istimewa. Saya sendiri tak dapat huraikan dengan tepat keistimewaan yang ada padanya. Yang pasti, hati saya kata dia perempuan yang sangat istimewa. 

Mungkin kerana kami datang dari latar belakang yang berbeza, kami agak susah mencari titik persamaan tapi itu tak sedikit pun mengurangkan rasa kasih saya padanya. Apa yang saya suka, dia tak suka. Apa yang dia suka, saya tak begitu menggemarinya. Semuanya berbeza; dari rancangan tv, genre buku, muzik, filem, dan terutama sekali makanan. 

Tapi itulah cinta. Hanya cinta yang membuat kami bertaut, erat dan saya mensia-siakan dia. Tak menghargai, tak pandai ambil hati, tak mahu mengalah, degil, keras kepala, banyak kerenah, tak mahu memahami dan berbagai-bagai lagi. Salah yang saya tak akan dapat tebus sampai bila-bila. Dia sangat setia; dia tak tinggalkan saya sewaktu saya mengidap kanser tahap 4. Dia sangat baik.

Sejak dia pergi, saya rasa sangat sunyi…sunyi yang teramat sangat. Dan dia telah memilih orang lain sebagai pengganti saya. Orang yang barangkali tidaklah sebaik saya namun cukup untuk buat dia bahagia walaupun saya tahu, dia mahu bahagia itu bersama saya. Saya masih terpaku di sini tak mahu membuat apa-apa. 

Memang betul katanya, saya pengecut. Saya pentingkan diri, saya tak mahu ambil risiko. Saya mungkin terpesona dengan perempuan berkurung kedah yang kelihatan sangat sempurna namun saya tahu, bahawa saya hanya terpesona dan bukannya jatuh cinta padanya. Saya, barangkali hanya mahu mengalihkan seluruh tumpuan untuk tidak menoleh, merindu satu-satunya perkara yang membuat saya bahagia.

Saya barangkali hanya mahu menghiburkan diri sendiri supaya saya tak di bawa arus kesedihan yang berpanjangan.

One great love in a single lifetime was enough for anyone. — Robert James Waller




1.50 am
Oahu, Hawaii

I have life to live

“Sorry lambat. Solat tadi”
“Semenjak bila kau alim?”
“Mana ada alim”
“Kau doa apa?”
“Doa macam-macam”
“Jodoh?”
“Tak la”
“Habis?”
“Doa yang lepas tu jangan di kenang”
“Gitu”
“Iye”
“Lagi”
“Yang lain-lain tu rahsia”
“Bengong. Dengan akak sendiri nak rahsia pabenda”
“Doa lebih kurang sama je. Mintak rasa sayang tu tak datang lagi. Habis dekat situ je. Minta Tuhan kuatkan diri let her go”
“Gitu”
“Iye”
“Tak mintak orang baru?”
“Tak. Kalau tak ada orang baru pun tak apa asalkan jangan ingat-ingat hal lepas. Bakal isteri orang mana boleh kita pegang tak lepas-lepas….”
“Makwe kau dah nak naik pelamin eh”
“Rasanyalah. Tak kisahlah. Makwe kan ramai hahaha”
“Strong okay”
“I have life to live. I’ll be fine”
“Pasang makwe keliling pinggang. Mudah kau nak pilih”
“Kan…bagus betul dapat kakak supportive macam ni”
“Aku kan kakak kau. Aku jaga kau”
“Mekasih hahahah”
“Mekasih je?”
“Jadilah. Ada jugak cakap”
“P*nt*tlah”
“Hahahaha”

Hari Kelima

Parasailing & paragliding

Wednesday, February 01, 2017

Hari Keempat

Scuba and snorkeling