Friday, September 18, 2015

#merajuksampaipagiesok

Umar: Daddy, kita tak sensitishlah adik lase.
Daddy: Dah kenapa pulak?
Umar: Kita shopping. Olang lain tume talam keshusahan.
Daddy: Hmm...macam mana daddy nak respon ni.
Adam: Kita beli kasut daddy. Nanti daddy fikir.
Daddy: Haaa okey. Kita beli dulu..
Umar: Budak tecik-tecik tangan menyampuk bila olang beltakap.
Adam: Tapi Adam nak beli kasut. Adam suka kasut ni. Cantik.
Daddy: Adam nak beli apa lagi?
Adam: Adam nak kasut daddy.
Daddy: Umar?
Umar: Adik nak kasut jugak.
Adam: Abang cakap tak sensitif. 
Daddy: Heee Adam jangan la usik abang tu nanti dia sheteles hahaha
Umar: Tejak-tejak dia pandai beltakap asyik nak takap je kelja dia.
Daddy: Kakak tak nak kasut?
Huda: Daddy tak beli kasut?
Daddy: Daddy dah ada kasut.
Huda: Kakak pun dah ada kasut. Orang sensitif je nak beli kasut hehehe
Umar: Tukee mengata adik. Adik melajuk nanti.
Huda: Dah besar pun nak merajuk. Tak malu kan daddy.
Daddy: Jangan usik dia nanti dia merajuk haa susah nak pujuk.
Adam: Abang mana boleh merajuk daddy. Abang dah besar.
Huda: (hi 5 dengan Adam)
Umar: Adik melajuk. Hashtag melajuktampaipagiesok
Daddy: Dahsyat Umar merajuk. Ada hashtag lagi hehehe
Adam: Daddy jangan kacau abang nanti abang menangis
Huda: Kesian adik kakak yang comel ni alololo. Comelnya dia.
Adam: Abang buat muka serius. 
Daddy: Dah la tu. Tak baik buli Umar. 
Umar: Adik nak adik tecik-tecik, Adik tak ada geng.
Huda: Itu kita kena tunggu daddy kawin dengan Kak Hana.
Adam: Bukan Kak Hana Kakak. Kak Irine.
Daddy: Haaa jangan nak bergosip. Kita nak cepat ni.
Umar: Adik nak mama je.
Huda: Tapi mama tak nak kita.
Daddy: Hmm...jom pusing. Umar belum pilih kasut lagi kan.

Thursday, September 17, 2015

01:13

You can do 99 things for them and all they’ll remember is the one thing you didn’t do.

Wednesday, September 16, 2015

Merosak Diri

Penerbangan ke Las Vages terpaksa di tunda. Di California, titisan hujan ibarat emas. Apabila hujan turun, banjir berlaku seperti pagi tadi dan menyebabkan kesesakkan lalu lintas. Perjalanan yang biasanya mengambil masa sekitar 30 minit menjadi lebih dari sejam. Beberapa  jalan raya di limpahi air. Pemandangan ini mungkin hanya setahun sekali berlaku di California.

Akhbar hari ini banyak membuat liputan tentang kebakaran di Nipa Country (Valley Fire & Butte Fire). Kawasan yang terbakar begitu luas dan pihak bomba masih lagi bertungkus-lumus memadam kebakaran. Kawasan yang terbakar lebih dari 71,660 ekar di Butte Fire. Hampir 4668 orang anggota bomba di tugaskan untuk memadam kebakaran. Keluasan kebakaran di Valley Fire sekitar 67,000 ekar dan 13,000 hilang tempat tinggal.

_ _ _

Satu-satunya perkara yang paling di sukai ialah menulis tapi semakin hari rasa untuk menulis semakin pudar. Semakin hilang minat. Semakin malas. Semakin rasa semua yang perlu di catat adalah perkara yang tidak penting dan tak perlu di abadikan di mana-mana. Mungkin, apabila kita mengelak menulis tentang perkara yang kita sukai, kita akan rasa tertekan. Apabila tertekan, semua perkara kelihatan tak ada apa-apa makna walaupun perkara itu satu-satunya yang kita sukai, yang paling kita minati. 

Entah apa akan jadi pada diri ini yang semakin hari semakin jauh dari diri sendiri. Semakin hari semakin tak kenal diri. Semakin hari semakin hilang punca. Hidup terasa sangat bosan dan hilang makna. Tak tahu hendak bermula dari mana. Tak tahu apa yang sedang di cari dalam pengembaraan ini. Sekadar lari dari realiti atau cuba mencari diri atau sebenarnya tak ada apa-apa tujuan. Melayang-layang tanpa arah bagai layang-layang terputus tali.

_ _ _

Demam, batuk, selesema, sakit tekak, sakit kepala. Baru beberapa minggu kebah dari demam, hari ini demam semula. Orang kata merindu merosak diri. 

Thursday, September 10, 2015

Perfect

Take 5 please. Penatlah”
“Kata ratu pecut. Baru 5 round dah pancit”
I rasa kita last jogging zaman kampus dulu kan”
“Ha’ah. Zaman tok kaduk”
“Lama gila dah”
“Tak kerja hari ni?”
“Off”
“Kalau ada Min mesti best
“Tak habis-habis dengan Min kesayangan you
“Hahaha ingat tak macam mana Min mengamuk dekat kampus dulu?”
“Pasal betting tu?”
“Ha’ah. Lepas dia dapat tau mengamuk sakan”
“You win her heart”
“Main-main je la”
“Simpan sikit your charm tu boleh?”
“Mana nak tau dia suka betul-betul”
“Sampai sekarang she’s single
“Dia perempuan paling hot batch tu. Gila bangga dapat menang betting tu tapi kadang-kadang rasa bersalah jugak
“Berapa kali menang betting?”
“Tak pernah kalah”
“Bangganya”
“Mesti la. Sila dengki”
I miss you”
“Kata take 5. Dah lebih 10 minit dah ni”
“Dah fikir apa nak buat after this?”
“Tak rancang apa-apa pun. Ikut flow je kot”
“Macamlah I tak kenal you. You mana pernah ikut flow. Semua benda nak plan dulu. Everything nak perfect