Tuesday, June 24, 2014

8.55am

Birds are singing.

Urat dan Nadi

Hari ini, orang yang saya paling sayang cakap:

“Saya kenal dia sehari tapi rasa macam berbulan-bulan...” 

Saya cuma senyum. Dalam diam terasa betali tajam menghiris perlahan-lahan urat dan nadi.

Sekudus Doa

Subuh tadi, sekudus dan seikhlas doa saya utus buat Pencipta.


Tuhan, Kau ambil kedua ibu bapaku ketika aku belum bersedia, Kau ambil kesihatanku ketika aku sedang mencipta bahagia, dan hari ini Kau ambil orang yang paling aku kasihi. Aku mohon jangan di cambah rasa benci antara kami kerana sesungguhnya kasih sayangnya pada diri ini adalah rahmat terindah kurniaanMu untukku. Aku mohon moga Kau satukan mereka di bawah rahmatMu, hadirkan mereka cahaya mata yang baik-baik, panjangkanlah jodoh mereka hingga ke syurga dan berkatilah hidup mereka hingga ke liang lahad. Amin. 

Someone...

I loved someone who found someone else that she couldn't resist.