Thursday, August 13, 2026


Seorang guru, Cikgu Sutha dari SJKT Kerling, dilaporkan telah membunuh diri pagi ini dalam satu kejadian tragis yang berlaku sekitar jam 7.30 pagi di bilik guru sekolah berkenaan. Kejadian tersebut amat menyayat hati dan telah memberi kesan yang mendalam kepada warga pendidik serta komuniti sekolah.

Menurut maklumat yang tersebar, beliau sebelum ini pernah berkhidmat di sebuah sekolah kebangsaan sebelum ditukarkan ke SJKT Ladang Kerling, Selangor. Pihak berkuasa diharapkan dapat menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta memberikan sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga, rakan sekerja dan semua pihak yang terkesan.

Situasi ini juga membuka ruang untuk kita memberi perhatian terhadap cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh warga pendidik. Bekerja di sekolah, termasuk SJKT, boleh menjadi sangat mencabar apabila tekanan untuk mencapai sasaran, keputusan, penyertaan pertandingan, penyediaan evidens, dokumentasi dan pencapaian sekolah menjadi terlalu tinggi.

Sumber: Facebook