Wednesday, August 26, 2026

Canola Oil

Pernah dengar istilah Canola Oil? Istilah ini berasal daripada Canada + ola (oil). Pada zaman dahulu, Canola Oil dikenali sebagai Rapeseed Oil. Rapeseed pernah digunakan sebagai pelincir industri, terutama untuk enjin kapal semasa Perang Dunia Kedua, kerana sifat minyaknya yang sesuai untuk aplikasi pelinciran. Sesetengah varieti rapeseed mempunyai kandungan asid erusik yang tinggi. Contohnya, varieti Reston, yang dikategorikan sebagai high-erucic-acid rapeseed, mengandungi sekitar 40–48% asid erusik dan mempunyai kestabilan pada suhu tinggi. Istilah Canola kemudiannya digunakan untuk membezakan varieti rapeseed baharu yang mempunyai kandungan asid erusik yang rendah iaitu kurang daripada 2%.

Nota bacaan: 15.05.2025