Tuesday, August 11, 2026

"Boleh, tak ada masalah. Budak-budak nanti makan apa?"
"Makanan biasa-biasa"
"Biasa-biasa macam mana?"
"Nasi putih, ayam goreng, sayur kobis, air sirap"
"Ais krim ada?"
"Tak ada budget"
"Menu untuk VIP?"
"Makanan VIP"
"Pinggan hidangan budak-budak kaca atau plastik?"
"Plastik"
"Perlu bentang karpet merah?"
"Ya"
"Kalau ada duit lebih, hidang ais krim. Budak-budak suka"
"Bersyukur sikit dapat makan. Anak-anak yatim je pun"
"Pihak encik yang nak datang, kenalah hormat tuan rumah"
"Allah tak suka sifat meminta-minta"
"Memang budaya asingkan makanan masih lagi tak berubah? Yang nak di raikan anak yatim, tapi yang dapat makanan sedap VIP"
"Kami perlu patuh pada kehendak pihak atasan tentang sajian VIP"
"Ada syarat lain?"
"Kami akan sediakan hand washer sebelum majlis bersalaman"
"Protokol dari VIP?"
"Ya, betul"
"VIP ni kalau berak siapa yang cuci punggung dia?"
"…………"
"Tak perlu buat majlis dekat sini. Cari pusat lain. Walaupun kami miskin, kami ada maruah. Kami tak mengemis. Tak pernah minta dikasihani. Tolong beredar"

_

Hai Ummi,

Im tak nak balik rumah. Im tengah sedih. Im tak nak Ara tahu. Manusia memang tak pernah berubah, kan Ummi? Im baru saja balik dari asrama anak yatim. Tadi ada wakil VVIP datang serahkan cadangan program. Kebetulan hari ini Im pergi melawat asrama. Ustazah minta Im berbincang (.)

(emosi berbuar, tak mahu/mampu menulis panjang)


Julai 16, 2026