Gua Musang — 15 Julai
اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّنِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ
Allāhumma-għsil khaṭāyāya bil-mā'i wath-thalji wal-barad, wa naqqinī minal khaṭāyā kamā yunaqqath-thawbul abyaḍu minad-danas.
Maksudnya: “Ya Allah, basuhlah dosa-dosaku dengan air, salji dan embun, dan bersihkanlah aku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kotoran.”
_
Selesai memberi salam dan membaca doa yang diajarkan Rasulullah SAW, Ara tiba-tiba datang memelukku lalu menghadiahkan bertubi-tubi ciuman. Aku masih terpinga-pinga — tak tahu punca, tapi bahagia. Oh, rupa-rupanya dia begitu gembira kerana berjaya selesaikan misteri Murdoku hasil karya Manuel Garand. Buku ini seakan-akan Sudoku, tetapi digabungkan dengan misteri penyiasatan kes pembunuhan. Ara sungguh ralit hingga tidak tidur malam! Murdoku diterbitkan dalam tiga siri —Murdoku: 80 Murder Mystery Logic Puzzles, Murdoku Volume 2: Back in Time dan Murdoku Volume 3: Around the World. Nampaknya dia sudah jatuh cinta dengan buku teka-teki misteri. Bolehlah aku hadiahkan sempena ulang tahun perkahwinan kami nanti.
Catatan: Doa ini diriwayatkan dalam beberapa kitab hadis utama, termasuk Sahih al-Bukhari (no. 744) dan Sahih Muslim (no. 598) dalam bab solat. Ia dibaca oleh Rasulullah SAW ketika bangun daripada rukuk dalam solat malam (Qiyamullail). Sunat dibaca ketika bangun daripada rukuk (I'tidal) dalam solat tahajjud atau solat sunat lain, khususnya pada waktu malam.