Daddy sedih. Umar, Huda dan Adam tak nak ikut daddy keluar. Semasa kecil, daddy tak membesar dalam sebuah keluarga. Daddy sangka tentu seronok bila dapat makan angin bersama-sama keluarga.
Perasaan itu, hanya yang tak punya keluarga sahaja yang faham. Umar, Huda dan Adam tak faham dan tak akan faham kerana membesar dan di besarkan dalam sebuah keluarga.
Selepas ini, kalau tak nak ikut, daddy tak akan paksa. Agaknya, benar kata orang, semakin dewasa seorang anak, semakin kurang rasa perlukan ibu bapa kerana sudah pandai bawa diri.
Tak apalah. Daddy pergi dengan kembar. Kembar mesti nak jalan-jalan dengan daddy. Sentiasa teruja. Mereka masih melihat ibu bapa sebagai tempat berpaut dan berkongsi kegembiraan.