"Marriage is where someone can't take care of their grown son so you adopt them."
"Kita acam sedih"
"Dah kenapa pulak?"
"Kita baca quote kita bagi abang tu astu"
"Astu?"
"Orang kan cerita anak mak mentua la apa la. Kita acam sedih…abang takde mak…"
"Oooo"
"Arwah Mak garang tak?"
"Tak tahu tapi Ummi garang. Dia sound guna mata je"
"Garangnya"
"Haah…"
"Sorry…kita buat abang sedih"
"Tak pun"
_
"Kita acam rasa nak madu"
"Mula dah"
"Tak nak ke?"
"Abang tak mampu"
"Apa je tak mampu?"
"Lapar eh? Nak bihun sup?"
"Acam nak mi kari"
"Madu tak ada. Mi kari boleh"
"Heeee suami memberi, kita menerima"
_
"Nak lagi?"
"Ha'a"
"Stres?"
"Ntah la, bang"
_
"Abang ada buat salah?"
"Takde"
"Moody?"
"Tak"
_
"Abang…kita teruk tak?"
"Okey je"
"Kita acam ase teruk…"
"Kita kan manusia"
"Kita ase nak gigit-gigit abang acam binatang buas tu"
"Dah pulak"
"Bang, semua benda akan mati ke?"
"Ye la bintang pun ada expired date"
"Kita?"
"Selagi Allah panjangkan jodoh kita. Kita doa Allah tak pisahkan kita"
"Kita tak tahu nak buat apa takde abang…"
"Dunia ni, Ara…walaupun kita hidup dalam kesedihan, anehnya, kita akan selalu ingat hari-hari yang menggembirakan…macam hari kita dapat bercakap dengan orang yang kita suka…"
"……………"
"Laa dah tidur"
"Belum eh"
"Terima kasih jadi suri hati yang paling indah dalam hidup abang"
"Abang ada niat nak madukan kita ke?"
"Ha? Mana ada"
"Astu paling. Acam ramai aje"
"Bini satu pun tak larat jaga nak kawin banyak"
"Susah ke jaga kita?"
"Mana satelit? Dekat app beria kata nak lalu"
"Tak sayang kita, kan?"
"Tak tidur la aku malam ni"
Ogos, 2025