"Rifal call. Dia dekat kondo ajak jumpa. Pandai skandal lepas tu pening"
"Dia skandal dengan siapa?"
"Bini orang. Nak halalkan macam mana. Sebelum semua tahu, baik tekan brek"
"Acam drama Setia Itu Mahal. Ramai tersakiti. Dah elok-elok bahagia layankan first love si oyen tak guna tu"
"Tak tahu aaa dia. Abang cakap jangan main api nanti terbakar diri. Buat laki skandal dia tahu panjang cerita"
"Perempuan tu tahu tak dia laki orang?"
"Tahu"
"Astu?"
"Tu abang cakap dekat dia jangan teruskan buat sakit hati, cemburu tak habis, emosi tak tenteram. Laki skandal dia baik. Buat apa nak rosakkan rumah tangga orang. Kita tak tahu idea tentang kebahagiaan dalam kepala otak sama ke tak dengan realiti akan jadi. Lebih baik pilih kebahagiaan yang kita ada sekarang berbanding jalan yang kita belum pasti kesudahan"
Ogos, 2025