Friday, August 15, 2025

Makna kasih sayang

"Kita nak tanya tapi jangan marah tau"
"Apa?"
"Betul ke anak yatim tak tahu maksud kasih sayang?"
"Laa kan abang dah cakap hari tu"
"Kita senanya tak tahu abang cakap betul-betul ke gurau"
"Betul la tak tahu"
"Serius?"
"Ye. Kenapa?"
"Ri tu kita tak percaya astu tadi ada video dekat rumah anak yatim"
"Mana nak tahu Ara dah tak hidup dalam sebuah keluarga. Hidup dengan kawan-kawan tak rasa duduk rumah. Sama rasa macam duduk asrama. Dulu masa sekolah cuti semua orang happy. Abang cuti ke tak cuti ke sama je. Dari asrama sekolah balik asrama anak yatim. Kawan fly Europe, abang kerja. Abang selalu fikir kalau abang ada keluarga duduk dekat rumah apa rasa, apa kena buat, perasaan macam mana, apa rasa bilik tak payah kongsi. Tak tahu nak terang tapi macam tu la"
"…………"
"Abang memang tak tahu makna kasih sayang tu apa. Abang tak faham. Bila abang tengok mak-mak kawan masa dekat sekolah, abang nampak beza. Tak sama mak kawan dengan Ummi. Kalau mak macam ni, kalau penjaga macam ni. Ummi ada je sifat keibuan…cuma…ada beza. Mana sama mak dengan penjaga haa macam tu. Ara faham ke apa abang cuba cakap? Macam tak sampai maksud"
"Faham"
"Abang membesar dengan tercari-cari makna kasih sayang sampai dah besar umur 30 pun sebab abang rasa ada yang tak cukup, lopong"
"Abang jumpa?"
"Jumpa"
"Apa dia?"
"Perhatian… Bila abang sedar apa yang lopong, fahamlah banyak benda. Belajar tak meminta, belajar terima seadanya. Ummi memang kurang bagi perhatian dekat abang sebab abang bukan budak masalah. Abang tak ada masalah disiplin, dekat sekolah okey tak buat hal. Ummi tak pening hal abang. Duit abang cari sendiri. Ummi pun busy kerja. Duit nak pakai banyak"
_

"Abang tak tahu rasa kasih sayang ayah. Abang tak pernah dapat. Dulu…masa balik asrama, abang balik naik bas. Sampai dekat stesen, kena angkut beg sampai dorm. Beg besar tak ada roda. Beg roda orang kaya je pakai. Taklah jauh sangat tapi jalan kaki dengan beg berat jauh la jugak. Lenguh kaki tangan. Masuk pagar nampak mak ayah hantar anak. Salam, cium tangan, mak usap kepala, ayah peluk. Kadang abang teringin…abang tak ada ayah. Bila abang dapat Umar, abang selalu peluk dia… sampailah sekarang. Abang kurang dapat kasih sayang masa membesar. Abang selalu tunggu kalau demam Ummi letak tangan dekat dahi abang"
"Mmm…"
"Abang tak pandai mintak…abang cepat kecil hati kalau orang lain dapat, abang tak dapat sampailah makcik cakap rezeki orang beza-beza. Abang tak dengki cuma rasa jauh hati. Lepas faham konsep rezeki yang makcik cakap…abang faham hidup ni tak sama untuk setiap orang. Kalau dia lahir anak orang senang, rezeki dia yang Allah bagi. Kita tak boleh pertikai. Jalan hidup manusia beza-beza. Makcik selalu cakap jangan dengki dengan rezeki orang nanti Allah bagi rezeki yang lain. Abang selalu ingat apa makcik cakap"


Ogos, 2025