Monday, August 04, 2025

"Kalau dah tak nak ambil tahu, memang dia yang tak nak bukan sebab perangai mak ayah. Takkan dia tak tahu letak duduk syurga dia. Ada jenis laki memang nak jaga anak bini je. Lain-lain tak nak ambil tahu. Dia bagi alasan mak dia itu ini tapi yang sebenarnya dia tak nak susah-susah, tak nak remeh, tak nak pening kepala. Jaga anak bini lagi senang dari jaga mak ayah"
"Anak laki acam tu la, bang. Sayangkan bini berlebihan sampai mak letak tepi"
"Dan janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dalam tafsir di sebut birr al-walidain. Dalam Syarh Riyadhus Salihin, Sheikh Ibn Uthaymeen sebut keterikatan yang berlebihan kepada isteri dan anak-anak sehingga mengabaikan ibu bapa adalah satu bentuk ketidaksyukuran yang menyebabkan kesilapan dalam meletakkan keutamaan, kerana ibu bapalah yang menjadi sebab kewujudan seseorang selepas Allah"
"…………"
"Laa apa tengok abang macam tu. Ishhh"
"Sejuk tau hati dengar suami kuliah"
"Dalam semua urusan kehidupan, seseorang mungkin mampu menyembunyikan sifat dirinya kecuali dalam 3 keadaan. Pertama: Isteri diuji apabila suami jatuh miskin. Kata Umar Al-Khattab, "Kami dapati sebaik-baik wanita ialah yang sabar ketika miskin dan bersyukur ketika senang". Kedua: Suami diuji apabila isteri sakit atau tak berdaya. Sama ada dia kekal penyayang, bertanggungjawab, dan melindungi isterinya atau menjadi jauh dan berkeluh-kesah. Di situlah hakikat kesetiaan dan belas ehsannya terzahir. Nabi cakap "Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan sebaik-baik ialah yang paling baik terhadap isterinya." Ketiga: Sifat sebenar adik-beradik terlihat ketika pembahagian harta pusaka. Ramai yang berebutkan harta peninggalan mak ayah, sedangkan ketika orang tua masih hidup dan sakit, tiada yang sudi menjaga. Surah Al-Ahqaf "Dan manusia itu terhadap ibu bapanya benar-benar bersikap tidak bersyukur"
"Insaf jab kita"
"Waktu kecil, mak ayah sabar layan kerenah anak. Bila mak ayah tua, tanya 2 kali anak dah melenting. Mak call tak angkat, tak ada mood. Bagus betul orang sekarang. Layan mak bila ada mood"
"Ikhlas masuk neraka, bang. Syurga kan mahal"
"Kebanyakkan yang abang tengok, kalau anak di besarkan dalam keluarga yang mak ayah dia jaga orang tua nanti dah besar bila mak ayah dia sakit, dia pun buat benda yang sama. Kepimpinan melalui teladan. Kalau anak tengok kita abai orang tua, dia pun akan buat benda yang sama bila dah besar"
"Boleh tak abang tulis? Kita nak copy paste dekat FB"
"Nanti bila abang rajin"
"Abang pernah malas ke?"


20/7