Hai Min,
Aku dalam kapal terbang dari KL ke Dubai. Destinasi terakhir ialah Cyprus. Nampaknya tiada direct flight dari KL ke Cyprus atau Greece. Aku perlu menukar penerbangan sama ada di Qatar atau UAE atau Turkey. Leceh, kan? Bapa mentua aku secara berseloroh menyuruh aku membeli sebuah pesawat peribadi. Aku ketawa sahaja. Hati aku ingin menetap di Amerika Selatan atau Afrika, tapi bila fikirkan Ara, mungin suatu hari nanti. Aku tak boleh pentingkan diri. Ara masih punya keluarga. Bercakap tentang Ara, kami baik-baik saja, tak bergaduh.
Kemarin aku teman Ara ke Colony Co-working Space KLCC. Sebelum itu ke Kinokuniya. Ara beli 5 buah buku. Kami mengenang nostalgia ketika pertemuan kali pertama beberapa tahun dulu. Dia kekal cantik - tak ada yang berubah. Masih menawan dengan gaya elegan. Dalam perjalanan pulang, Ara mengajak aku ke TWG Tea. Kami ke TRX. TWG menjual pelbagai jenis teh - white tea, black tea, blue tea, green tea. Ada juga herbal tea. Perkataan "tea" berasal daripada perkataan Cina, Min Nan "te" (dituturkan di wilayah pantai Fujian dan Taiwan).
Versi nama ini tersebar melalui laluan perdagangan maritim, terutamanya ke Eropah (contohnya, bahasa Inggeris "tea," bahasa Perancis "thé,"). Di sesetengah negara, teh di panggil "chai". Perkataan "chai" berasal daripada perkataan Cina Mandarin "chá." Ia tersebar melalui laluan perdagangan darat, seperti Laluan Sutera, yang mencapai Asia Tengah, Parsi, Rusia, dan India (contohnya, bahasa Hindi "chai," bahasa Rusia "чай"). Tea" dan "chai" di bezakan melalui cara produk tersebut tersebar ke seluruh dunia—"tea" melalui laut dan "chai" melalui darat.
Aku tak banyak tahu tentang teh tapi kalau berkaitan kopi tahulah serba sedikit. Terdapat 4 jenis biji kopi yang selalu di tanam oleh petani iaitu Arabica, Liberica, Robusta dan Excelca. Di Costa Rica, melalui perundangan tahun 1989, petani hanya boleh menanam biji kopi Arabica sahaja. Undang-undang ini bertujuan untuk mengekalkan kualiti dan mutu kopi yang di hasilkan. Kopi Arabica dikenali dengan rasa yang lebih manis dan lembut. Kandungan kafeinnya lebih rendah berbanding Robusta. Liberica pula mempunyai rasa yang lebih pekat dan eksotik.
Robusta memiliki rasa lebih pahit kerana kandungan kafeinnya yang lebih tinggi, menjadikannya pilihan popular dalam campuran espresso. Biji kopi Robusta secara umumnya lebih besar berbanding biji kopi Liberica. Excelca pula dianggap sub-varieti Liberica. Ia sering digunakan dalam campuran kopi untuk meningkatkan kompleksiti rasa kerana rasanya yang sedikit manis dan asam. Aku tetaplah rasa kopi Che Nah lebih sedap. Kopi Antong (Aun Tong) pun tak kurang sedapnya. Sekarang ada banyak kopi trending di Malaysia seperti Bask Bear Coffee.
Pada malam terakhir di Kuala Lumpur, aku bersama keluarga dan mentua menikmati makan malam di sebuah restoran Itali di Publika. Masakan Itali kurang sesuai dengan selera aku yang sukakan hidangan Melayu terutamanya tempoyak. Kata Ara, tiramisu sedap. Huda memuji kelazatan spaghetti carbonara, manakala Adam dan Umar menggemari piza Pollo Alla Diavola. Restoran ini menampilkan ketua chef yang mempunyai pengalaman dan kepakaran selama 35 tahun dalam menyediakan hidangan di hotel-hotel mewah seluruh dunia.
11 Januari 2025