Tuesday, October 15, 2024

Isu wanita (2)

Kes satu

"Sy pernah kena. Sy adu bekas suami pukul. Boleh pulak ustaz tu ckp mcm ni, puan makan nasi lemak pg td puan ingt tak rasa mcm mana? Ptutnya tak. Mcm tu jugaklah ptutnya puan lupa apa bekas suami buat dan taat.

Sy smpai warded kena pukul.

Memalukan ustaz saja..sampai skrg sy x boleh lupa."
_

Kes dua

"Saya nak kongsikan kes terakhir minggu lepas - kes menerusi telefon melibatkan luahan isteri yang berdepan dengan suami yang baran, kasar dan suka caci maki hanya dengan sebab yg remeh.

Satu ketika, dalam satu pertelingkahan, si suami bersuara: "Tak kisah lah, kalau mati pun mati lah..." Kata-kata suami menjadikan isteri takut dan bertindak keluar dari rumah.

Tak lama, isteri dipanggil menghadiri sesi kaunseling di pejabat agama atas aduan si suami. Menurut Ustaz bertugas, si isteri (klien saya) dah nusyuz sebab keluar rumah tanpa izin suami.

Bila si isteri adukan tentang ugutan yang suami katakan, jawab si Ustaz: "Awak tu isteri, kalau perlu mati pun kat tangan suami, tak pe sebab awak tu isteri..."

(Sumber: Facebook)