"Scroll apa dari tadi?"
"Cari rumah"
"Tak payah, lambat. Meh abang ajar"
_
"Kalau depo RM 40 ribu, monthly RM 1400. Bila nak untung? Berniaga asap je"
"Astu macam mana?"
_
"Nak berniaga ada 2 rahsia. Pertama modal guna paling minima. Sesikit yang mungkin. Ara bawa keluar RM 1500 dulu"
"Cukup ke? Acam sikit sangat"
"Cukup. First time meniaga tak payah modal besar"
_
"Modal Ara, untung Ara"
"Astu abang?"
"Nak berniaga jangan libat suami / isteri,. Kalau suami ajak isteri meniaga tak apa, tapi kalau isteri ajak suami jangan. Suami jangan kerja dengan isteri. Nanti kuasa dominan bertukar. Bukan senang nak kekal profesional. Adik-beradik, ipar-duai, mak ayah pun jangan. Kalau masalah susah sampai masam muka. Silap hari bulan bertumbuk. Kawan pun jangan. Masa belum untung tak apa. Bila untung, 5 sen pun berkira. 5 sen tu nampak sikit tapi kalau main kuantiti, banyak. Contoh 1kg 5sen. Kalau sehari keluar 2 tan berapa? Kalau 2000 tan? Macam pasir, sekali keluar dekat Dubai 3,000- 6,000 tan, Afrika Selatan 500-2,500 tan, Texas 2,000 tan, California 5,000 tan. India 1,000-3,000 tan. Cuba kira 2000 tan sehari x 5sen convert USD. Tu satu hari. Sebulan? Mahu tak bergaduh. Bunuh pun boleh"
_
"Modal RM 1,500. Sebulan paling sikit Ara akan dapat RM 3,750. 25% simpan, baki guna untuk penambahbaikan. Lepas tu buat pelaburan. Ara kena ambil gaji walaupun sikit"
"Tak payahlah, bang"
"Kena. Sikit pun tak apa. Pantang orang bisnes tak ambil gaji. Kita kerja bukan buat kebajikan"
"Okey"
"Dari untung tu, Ara guna untuk tambah unit. Game ni kita tak guna loan bank. Kalau ambil loan, memang sangkut la bisnes tak kembang. Loan nak bayar, modal nak pusing, liabiliti nak tanggung"
"Maceh tau ajar kita"
"Nanti Baba tanya buat apa susah-susah berniaga. Laki tak bagi duit ke haa macam mana"
"Baba tak tanya"
"Macamlah Ara tak pernah uruskan kontrak antarabangsa. Satu job komisyen ratus ribu, kan?"
"Kita acam nak 7 types of income gitu hihihi"
"Amboi dia"
09-10-2024