Wednesday, July 31, 2024

Punca

Selasa, 30 Julai 2024 

Hari ini saya tak bercakap dengan Ara. Ara bad mood jadi dia asyik marah-marah. Pagi tadi, usia solat Subuh Ara tanya "Mana baju dekat sini?". Saya jawab "Abang dah basuhkan". Tiba-tiba angin dari Pantai Caribbean muncul dan Ara kesurupan - taklah, Ara marah. Dia marah saya basuhkan baju dia. Dia kata dia boleh basuh sendiri. Bom! Bergaduh.

Sampai dari El Salvador lewat petang. Selesai solat Isyak, anak-anak makan sandwich dan masuk tidur kira-kira 9.45 malam. Kembar tidur lebih awal. Saya pula ada meeting hingga lewat pagi. Selesai meeting, mata masih segar. Saya basuh pakaian yang di pakai semasa bercuti di San Salvador. Alang-alang, saya basuh baju Ara sekali. 

Balik dari Brazil minggu lepas, saya lihat ada dua bakul pakaian yang belum di cuci - mungkin Ara penat / tak sempat kerana uruskan anak kembar yang demam. Saya pun faham penatnya mengurus anak kecil yang perlukan banyak perhatian setiap waktu. Dua bakul ini, pakaian Ara sahaja. Pakaian kembar di uruskan oleh  pembantu rumah. 

Selesai basuh, saya letakkan baju-baju ini berhampiran almari Ara. Semalam, saya lihat keadaan masih sama. Baju belum di lipat dan di susun. Ara memang jarang sekali melipat baju - semua pakaian di gantungnya. Saya pula tak suka lihat pakaian berlonggok - sakit mata. Saya lipatkan dan susun dalam almari mengikut kategori dan kegunaan.  
_

Belum habis isu basuh baju, timbul pula isu makan. 

Saya teringin makan sardin. Tengah hari tadi saya ke dapur. Cari sardin dalam tin, potong bawang besar, dua ulas bawang putih, sebiji tomato, dua biji ubi kentang. Kemudian saya masak cencaru sambal sumbat. Petik cili api sebiji, tumbuk dan gaul dengan tempoyak jadilah sambal tempoyak. Pecah 2 biji telur, letak keju, secubit garam - telur dadar. 

Sedap!

Ara tak puas hati saya makan sardin sebab hmm tak ada sebab. Saya suka sardin. Sedap, kan? Makan dengan roti pun sedap. Ara tak masak hari ini sebab kami ada tukang masak baru. Masakan pun sedap terutama masakan Perancis. Menu hari ini smoked salmon. Tak ada sebarang masalah cuma saya teringin makan sardin. Itu saja.