Ara tidur lena. Aku buka phone dia. Di Telegram, dia ikuti isu "Apa nak buat selepas tahu pasangan curang?". Aku buka Facebook dia - banyak video berkaitan curang. Aku tak tahu guna Facebook. Apa yang Ara tunjuk - itulah yang aku buka. Aku scroll sekejab kemudian tutup. Aku jadi sedih, tertekan. Ara tentu lebih lagi.