Puasa Ayyamul Bidh, juga dikenali sebagai ‘Puasa Hari Putih’, merujuk kepada amalan berpuasa pada hari ke-13, 14, dan 15 dalam kalendar Hijrah. Istilah ‘Ayyamul Bidh’ bermaksud ‘Hari Putih’ dalam bahasa Arab, merujuk kepada hari purnama dalam bulan Hijrah. Biasanya, pada hari-hari ini bertepatan dengan fasa purnama.
Lafaz niat:
"Nawaitu shauma ayyamil bidh sunnatan lillahi ta'ala."
Ertinya:
"Sahaja aku berpuasa Ayyamul Bidh sunat kerana Allah Ta'ala."