SELALU MASAK, SUAMI SAYANG?.Ramai yang masih hidup terikat dengan budaya. Isteri tak masak? Rumahtangga tak bahagia katanya. Isteri tak masak? Suami tak gembira katanya. Siapa yang cakap tu? Ayah hang cakap atau agama yang cakap?.Persoalannya, benarkah memasak mengikat hati suami?.Mungkin benar, memasak mengikat hati suami. Tapi tidak semestinya mengikat hati isteri..Maka... Jujurnya akak tidak melihat satu bahagian semata-mata dalam perhubungan. Rumahtangga ni ada overall checklist. Bukan setakat, SELALU MASAK, SUAMI SAYANG..Tak masak pun suami sayang jugak sebab checklist rumahtangga bukan sekadar masakan isteri semata-mata..Checklist rumahtangga lebih kepada mindset, corak pergaulan dan gaya hidup kedua-dua pasangan..Kes 1 :Dah lebih 10 tahun suami cakap dah stop jangan masak lagi - kita fokus business & career. Di awal perkahwinan akak berniaga makanan, nak cakap masakan akak tak sedap tu, tak logik la..Tapi dah 10 tahun... Balik kerja, kami janji singgah kat mana-mana dinner bersama-sama. Malamnya, spend masa dengan anak-anak dan buat aktiviti business. Bahagia je... Oh ya! Mungkin rumahtangga akak masih baru 16 tahun maka masih mentah kot?.Kes 2 :Senior Manager kat tempat akak, 28 tahun berumahtangga. Tak ada dapur basah pun. Cuma ada dapur kering ruang minum air je. Suaminya sangat romantik, 24 jam berkepit dan dikenali sebagai pasangan bahagia. Kita yang tengok couple ni pun rasa happy. Sejuk... Dan ya, berpuluh-puluh tahun, dapur tak berasap juga. Tapi, kenapa suaminya kekal bersama dan bahagia?.Kes 3 :Seorang lagi rakan sekerja akak, habis kerja tak boleh nak stay back di pejabat. Me time nak mengopi dengan kami rakan sepejabat pun tak de. Habis kerja terus balik nak kejar memasak. Uruskan anak-anak. Isteri nak kena pastikan makanan wajib air tangan isteri sebab suami tak suka makan di kedai..Cuci tangan pun, sediakan mangkuk khas di meja makan. Anak dua, tahun ke-5, isteri ini dalam proses penceraian. Sebab penceraian : tidak sefahaman. Suami kantoi curang gais!.So... Celah Bedah mana kalau tak masak, rumahtangga tak bahagia? Any statistic or data penceraian yang berlaku sebanyak 8 kes setiap jam di Malaysia disebabkan isteri tak masak ke? You, tell me please..Akak dan suami? Kami lihat konteks berbeza. Bila ekonomi keluarga semakin baik - makan di luar adalah sangat praktikal buat kami kerana :1) jimat masa2) berkongsikan rezeki dengan peniaga3) lebih masa dapat fokus career & business4) kami sama-sama tak penat, hubungan lebih romantik5) tangan bini lembut dan gebu. Eh!.Seperti biasa, pendapat akak kebanyakan masa sentiasa menongkah budaya dan melanggar kebiasaan. Sebab itulah corak pemikiran akak selalu dibenci orang..#apeni?.Nak kecam? SilakanNak berbincang? SilakanNak meroyan? SilakanNak bagi pandangan? Silakan.Cuma izinkan akak ulang perkataan ini :Memasak mungkin mengikat hati suami tapi belum tentu mengikat hati isteri..Salam sayangSumber: Facebook
_
"Kes ni senang je Ara. Tak masak tak apa janji kerang sedap hahahahahaha. Itu je yang penting"
"Abang ni kan. Tak ada lain ke fikir?"
"Laa benda betul"
"Iye aje"
"Dah suami dia tak kisah tak masak, okey la tu. Tak penat boleh layan laki baik punya"
"Acam tu aje abang fikir"
"Bini dia memang tak suka masak la tu. Tuhan bagi dia suami yang memahami. Rezeki dia. Sebenarnya laki tak kisah pun bini jarang masak. Masak kadang-kadang pun tak apa asalkan ada makanan - tak berlapar. Malam dia boleh makan bini hahaha"
"Tengok tu. Ke situ aje dia"
"Laki ada dua keperluan je, Ara. Makan dan nafsu. Beli makanan kedai tak apa asalkan keperluan satu lagi terjaga. Keperluan tu yang penting"
"Orang laki kannn"
"Abang okey je masa awal kawin Ara busy, jarang masak"
"Eleh. Abang emang tak nak kita masak, kan? Sebab tak suka dapur sepah"
"Laa tak puas hati lagi kes rumah berkilat macam muzium"
"Tak eh"
"Kes tu sama macam kes ni jugak - laki dia tak kisah. Laki yang memahami. Kalau laki tak kisah, mudah urusan bini. Isunya dapat suami mithali"
"Laki kita semua kisah hihihi"
"Ada je nak mengata abang"
Panggilan telefon
Rio de Janeiro, Brazil
17-07-2024