Tuesday, July 16, 2024

Konsep rezeki

Makna rezeki dalam al-Quran sebahagian besar dijelaskan dengan menggunakan perkataan رزق yang mempunyai erti memberi rezeki atau memberikan kebaikan. Untuk perkataan رزق sendiri, disebutkan dalam al-Quran sebanyak 123 kali yang terdapat dalam 44 surah dengan pelbagai derivasi.

Buya Hamka menjelaskan konsep rezeki:

Rezeki itu bukan bermakna bila kau dapat apa yang kau inginkan. Tetapi bila kau terima dan redha dengan apa yang Allah S.W.T berikan kepadamu.

Kau belajar tentang sirah dan tahu Mariam tidak berkahwin tetapi mendapat anak. Itu Rezeki dia. Kau lihat pula sirah Aishah, kahwin tetapi tidak mendapat anak. Itu pula Rezeki dia.

Sesungguhnya, Rezeki masing-masing tidak sama. Ada baik dan buruknya.

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak-anak, bermakna ada tanggungjawab. Mudah dapat pahala dan mudah juga mendapat dosa.

Yang tidak bertemu jodoh, yang tidak dikurniakan zuriat pun satu Rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko menjawab depan Allah S.W.T kelak.

Jadi sebelum kau mengeluh tentang itu ini, kau fahami dahulu apa itu Rezeki. Ada tidak semestinya untung dan tiada tidak semestinya rugi.

Kau perolehi apa yang kau mahu tidak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tidak dapat apa yang kau mahu, tidak semestinya kau tidak boleh bahagia.

Takdir Allah S.W.T ini misteri sifatnya. Mungkin air mata redha yang kau titiskan dalam mengharung kepayahan itulah yang akan menghanyutkan kau ke Syurga.

Oleh itu, ingatlah sentiasa dan bertaqwalah. Rezeki itu bukan bermakna kau dapat apa yang kau mahu. Tetapi, bila kau terima (redha) apa yang Allah S.W.T berikan.

Kau akan bahagia jika kau ikhlas menerimanya. Percaya dan terimalah. Berusaha dan bertawakal. Redhalah pada apa yang ada dan apa yang kita dapat dan nikmati hari ini.

Bersyukurlah agar kita menjadi orang yang terhindar dari sifat angkuh dan sombong. Moga juga kita terhindar dari orang yang rugi dan ditipu serta lalai.

Sumber: Facebook
_

"Abang dah baca?"
"Dah"
"Cakap la terima kasih, sayang"
"Terima kasih, sayang"
"Sayang awak dekat Kajang hihihi"
"Tengok tu"


Panggilan telefon
16-07-2024
Rio de Janeiro, Brazil