Tuesday, April 16, 2024

Min

Min,

Tak ada maklumat baru yang aku dapat. Aku sedang baca perdebatan berkaitan Nabi Adam, Homo Sapiens dan Homo Neanderthal. Aku teringat bandar Çatalhöyük di Turki. Semasa aku cuti panjang 2022, aku bawa keluarga melawat tempat ini. Anak-anak sangat teruja. Kali terakhir aku bawa mereka melawat tapak / bangunan sejarah semasa di Paris dahulu. Ya, peristiwa Umar di tumpang hantu ketika melawat kubu.

Kita tak pernah pergi muzium bersams, kan? Seingat aku tak. Ara selalu cakap aku lelaki yang pelik - mungkin sebab aku selalu bawa dia ke muzium. Bagi aku, muzium suatu tempat yang menarik selain pameran seni dan budaya. Kadang aku bawa dia menonton tarian tradisional dan muzik gamelan. Dia ikut saja. Menonton wayang tak pernah. Wayang kulit dan teater ada. Dia selalu pandang aku dengan pelik - "Seriously abang?"

Aku selalu bawa Ara ke expo MTDC, FAMA, MARDI dan RISDA. Malaysia mengeluarkan banyak barangan berkualiti namun sayangnya masyarakat tidak menyokong hasil anak bumi. Ramai yang memandang rrendah, tidak kurang yang memperlekeh. Barangan ini kebanyakannya di hasilkan melalui pembiayaan penyelidikan yang tinggi. Hasil akhirnya sudah tentu terjamin dengan pelbagai piawaian ketat yang perlu di patuhi.

Malaysia tidak mempunyai kepakaran menjual. Usahawan kita terutamanya IKS hanya tahu menghasilkan produk tetapi gagal mencari pasaran. Terlalu banyak blue ocean untuk kita terokai tetapi kita tidak merebut peluang kerana lebih selesa berada di pasaran red ocean yang sedia maklum persaingannya. Kegagalan memahami keperluan pemasaran menyebabkan produk kita gagal di pasaran terbuka.

Okey, aku nak sambung baca tentang Homo Neanderthalensis.

Bye Min.