"Ara dekat mana?"
"Bandar Baharu. Kenapa, bang?"
"Cancel. Bonda masak. Ara tak call Bonda tadi?"
"Aaa lupa, bang"
"Ara jangan cakap dekat Bonda plan kita tu. Abang tak nak Bonda serba salah. Kita balik buka puasa dekat rumah"
"Okey, bang"
"Abang tunggu Ara dekat Simpang Pulai. Tengah tunggu towing pusing balik"
"Tak payah la bang"
"R&R Simpang Pulai. Nak naik dengan abang, call towing. Tak nak, kita konvoi"
"Tak nak konvoi. Nak race hihi"
"Abang bawa SUV. Mana boleh race"
"Kereta muzium awak tu ehh"
"Eyy mulut tu kan"
"Hihi"
"R&R okey?"
"Set bang!"
"Tahu malam Jumaat. Cergas hahaha"
"Abang ni kannn. Eee!"
"Hati-hati memandu ke hati saya"
"Saya takkan cederakan hati awak…"
"Terima kasih bagi surat cinta. Hari tu dekat Dubai. Ni dekat KL"
"Abang hati-hati tau"
"Ara, hmm debar la haha"
"Mengadaaaaa"
Panggilan telefon
Janda Baik, Pahang
28-03-2024