Thursday, February 08, 2024

I am happy with you, Ara

"Tak ada siapa nak menduakan, tak ada siapa suka di duakan, tak ada siapa dengan sengaja ingin menduakan. Menduakan lebih sakit dari di tinggalkan. Menduakan tu pun ujian juga. Tuhan nak uji hati, uji kesetiaan, uji kekuatan. Hati kita kan boleh bolak-balik. Kan hati kita Allah yang pegang"
"Satu hati tak boleh ada dua, kan?"
"Dulu abang pun fikir macam tu tapi cinta ada pelbagai. Apa yang kita rasa dengan orang A tak sama macam yang kita rasa dengan B. Apa yang Ara rasa dengan abang tak sama dengan Haff, kan?"
"Alaa tak nak contoh kita. Contoh.abang"
"Ara marah sangat Haff sebab sayang. Kalau sayang, mengaku. Buat apa nafikan"
"Tak"
"Tapi dia pernah buat Ara bahagia"
"Tak nak cakap pasal dia. Kita nak cakap pasal abang"
"Cakap pasal Ara"
"Alaa tak nakkk"
"Dah, jom masuk"
"Abang jawab la"
"Dengan siapa abang waktu tu, dengan orang tu abang setia. Kalau masa tu dengan dia, dia pilihan abang. Kalau sekarang dengan Ara, Ara pilihan abang. Abang tak suka rosakkan suasana"
"Bukan…abang suka berkorban. Abang memilih untuk berkorban…sebab hati abang baik…walaupun abang sakit…if you need to choose, choose her, abang. Chase her, chase your dream with her. Don't think too much. For once, think about yourself. You deserve to be happy too"
"Ara masak apa tadi?"
"Ayam kurma"
"Nak berbuka dah"
"Beruntung kan Ara dapat abang"
"Tak"
"Dalam hati abang ada dia. Ara tak boleh lawan kedudukan dia"
"……"
"Tapi…dapat menumpang dekat hati abang dah cukup untuk Ara…"
"Jangan cakap macam tu. Ara isteri abang. Adil tu apabila kita meletakkan sesuatu pada tempatnya…"
"Ara beruntung sangat…"
"Ingat tak?"
"Ingat…orang lain dating malam tengok movie, pergi dinner. Kita dating dalam dewan kuliah. Pergi seminar, simposium, konvensyen, pameran, bengkel, art gallery, muzium, apa lagi mmm Majlis Penganugerahan Profesor,
"Amboi semua sebut"
"Abang mana reti have fun"
"Tahun lepas kita pergi tengok muzikal Come What May tu apa"
"Abang, Moulin Rouge la. Come What May tu lagu dia. Nampak takk. Tajuk pun lupa"
"Hahaha haah. Adoi"
"Abang aje dalam dunia ni tak ada Shopee, Lazada, Netflix, sosmed. Apa aje abang ada entah la"
"Ada Ara"
"Mulut manis aaa geram kita"
"Geram kan, kan haha"
"I hope that I have a place in your heart too"