Ahad atau Isnin akan pulang semula ke Costa Rica. Luka 13 jahitan masih terlihat, kanta mata pula jatuh di Busra. Pasti perlu hubungi doktor untuk mulakan prosedur bagi menggantikan kanta yang baru. Kalau Ara nampak luka (tentulah nampak) pasti banyak soalan yang akan di tanya - "Luka kena meja" soalan balas "Meja jenis apa? Berapa panjang? Berapa lebar?". "Kanta mata jatuh" soalan balas "Macam.mana boleh jatuh", "Abang bergaduh" soalan balas "Dengan siapa? Berapa orang? Senjata jenis apa? Punca bergaduh?". Abang tak nak tipu Ara. Abang tipu Ara pasal pensel, abang tak nak tipu lagi, tapi kalau abang tak tipu tentulah kita bergaduh.
Hmm…kena meja, kanta jatuh, Busra, bla bla bla.
Bikin stres sungguhlah.