Cuti kali ini bawa anak-anak melawat Perak Utara - Muzium Perak, Kota Ngah Ibrahim, Rumah Kapten Speedy, Bukit Larut dan Kota Raja Bersiong. Sempat juga menaiki bot menyusurii Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang di Kuala Sepetang. Kuala Sepetang atau lebih di kenali sebagai Port Weld merupakan sebuah pusat tourism dan perikanan yang amat popular suatu ketika dahulu kerana fungsinya sebagai pusat perlabuhan terawal dan memiliki landasan kereta api pertama Malaysia yang menghubungkan Port Weld dengan Taiping.