"Kau okey?"
"Nope"
"Pasal?"
*sigh*
"Dia kawin dah?"
"Yup"
"Datang sini. Aku cuti. Nak travel aku tak larat"
"No dice"
"Jumpa psikiatri ambil ubat"
"……"
"Apa-apa roger. Jangan senyap. Semua orang risau"
"Alright"
"Kak Ain dah cerai dengan Takeshi kan?"
"Bila?"
"Seminggu dah. Pergi Jepun hari tu tak contact dia. Ocio pun dah lama tak jumpa"
"God don't love me"
"Dari kecik kita duduk rumah anak yatim, at least kita tak jadi homeless. Cukup makan, ada baju, ada rumah, pergi sekolah, masuk universiti. Nasib kita lagi baik dari orang lain"
"……"
"Jaga diri, Pet. Mental kena kuat dari emosi"
"Alright bro"
"Balik la Bukit Antarabangsa, tengok rumah, ziarah kubur Ummi. Ummi mesti dah rindu. Kau lama tak ziarah dia. Buat tahlil ke apa. Sedih dia kalau kau nak bunuh diri. Dulu dia dah selamatkan kita. Berkorban apa yang ada. Kalau semua orang tak sayang kita, ingat Ummi sayang kita. Ingat tu je"
"Okay"