Tempat bacaan perlu berbunyi (lafaz). Sekurang-kurangnya perlu dengar di telinga kita:
1. Takbir
2. Surah al-Fatihah
3. Tahiyat akhir
4. Selawat dalam tahiyat akhir
5. Salam
Lima perkara di atas merupakan rukun qauli yang wajib di buat. Jika tidak di laksanakan, solat tidak sah.
…
Empat tempat takbir
1. Mula solat
2. Ketika hendak rukuk
3. Bangun dari rukuk
4. Rakaat ke 3 (selepas tahiyat awal)
…
Kedudukan jari ketika tahiyat awal atau akhir:
a) Ketika duduk tahiyat awal atau akhir, jari telunjuk hendaklah terus di simpulkan.
b) Ketika tahiyat akhir pada bacaan syahadah, jari telunjuk hendaklah di angkat dan anak mata hendaklah memandang jari tersebut sehingga selesai solat.
Nota:-
(1) Dalam Mazhab Syafie, kedudukan jari terus di simpulkan sejurus duduk tahiyat. Berbeza dengan mazhab lain, jari di simpulkan ketika bacaan tahiyat.
(2) Ketika solat, anak mata pandang ke arah tempat sujud tetapi ketika tahiyat akhir, anak mata pandang pada jari telunjuk yang di angkat.