Sunday, September 17, 2023

Kekemasan

Hari ini Ara masuk dapur seperti biasa. Tetap memasak. Selesai masak, Ara kemaskan dapur, cuci dan bersihkan semua peralatan (walaupun ada yang tertinggal, mungkin terlupa atau terlepas pandang). Sekurang-kurangnya ada perubahan walaupun tak banyak kerana belum mencapai piawaian dari segi standard kebersihan dan kekemasan.


"Dekat sinki melekit. Bawah meja melekit. Atas meja melekit. Ara kalau tak nak kemas, jangan masak. Baru je abang mop dah kotor"
"Ara dah cakap nak mop. Kenapa abang mop?"
"Dua jam dah. Tak mop pun"
"Siap masak Ara mop'
"Benda tumpah, letak sabun, mop. Apa yang susah sangat"
"Yang abang nak marah-marah kenapa?"
"Abang baru je mop semalam. Tak sampai 24 jam dah kotor. Abang pun letih jugak. Takkan asyik nak bersih dapur"
"Pasal benda tumpah nak marah"
"Lepas ni jangan masak. Tahun depan Ara pergi kerja. Tak payah duduk rumah. Orang dah cakap tak payah masak, nak massk. Dah masak, tak nak kemas. Berselerak sana sini. Nak makan pun hilang selera"
"……"
"Dah tahu abang tak suka, buat jugak"
",……"
"Ara masak lagi sekali, semua benda abang buang luar. Faham tak?"
"Faham"
"Awal pagi dah buat mood spoil. Apa benda la. Pergi masuk. Tak payah kemas. Tinggal je"
"Mmm…"