Friday, July 07, 2023

Ketidaksempurnaan

Dalam hidup ini, setiap perkara memerlukan seni yang tersendiri. Begitu juga dengan cinta. Seni yang di lupakan apabila menyayangi seseorang ialah mencintai kekurangan yang ada pada dirinya. Itulah cinta yang sejati. Mudah mengucapkan tetapi sukar di lakukan. Mencintai sesuatu yang tidak sempurna di mata kita itu sukar dan penuh cabaran. Jalannya berliku.

Mencintai sesuatu yang tidak sempurna itu indah jika kita tahu cara untuk menghargainya. Setiap sesuatu yang tidak sempurna itu mempunyai kecantikan dan keunikan yang tersendiri.
Permasalahan timbul apabila kita gagal untuk menghargainya kerana sifat manusia menginginkan kesempurnaan. Kesempurnaan tidak pernah wujud. Ia hanyalah sebuah utopia.

Belajarlah untuk menghargai insan yang kita kasihi sementelahan dia masih menyayangi kita. Barangkali, dia punya banyak kekurangan, tetapi janganlah melihat kekurangan itu sebagai satu kecacatan yang memudarkan rasa cinta kita terhadapnya. Allah jadikan sifat tersebut sebagai salah satu cara untuk kita meraih ganjaran pahala kerana kita bersabar dan kekal istiqamah.

Kehilangan itu luka yang kekal sifatnya dan tidak akan sembuh. Penyesalan yang tiada titik noktah dan rindu yang tiada berpenghujung. Hidup menjadi teramat sunyi tanpa kehadirannya. Siapapun yang hadir selepas itu tidak dapat mengisi kekosongan yang telah di tinggalkan. Apabila dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kita, dia pergi dan tak akan kembali.




Pisa, Italy
07/07/2023, 10.30 malam