Isteriku yang mulia,
Terima kasih atas budi baikmu berkorban hampir segalanya untuk hidup di sampingku. Meninggalkan kerjaya yang kau sayangi, gaji yang lumayan dan tentunya kedua orang tuamu. Episod pengembaraan kita bermula di kota yang makmur dengan rempah iaitu India. Pengembaraan hidup yang menyentuh jiwa dan hati nurani kita. Manis untuk di kenang dan di ambil iktibar.
Kiranya kau tahu betapa aku bersyukur memiliki seorang isteri yang taat dan mengikut suaminya ke mana sahaja tanpa banyak bicara. Mengurus hal ehwal rumah tangga dengan teratur tanpa merungut dan berkeluh-kesah. Sungguh duhai isteriku yang mulia, aku sangat bersyukur. Terima kasih untuk setiap keringat yang kau berikan demi membahagiakan keluarga kecil kita.
Abang tak mahu menyusahkan Hara menapak ke sana sini atau membuat carian di internet untuk mencari premis yang menjual barangan halal. Penganut Islam di sini sangat kecil jumlahnya. Kedai dan restoran yang menyediakan makanan halal sangat terhad. Barang masak sudah ada. Kita hanya perlu membeli bahan mentah sahaja — makanan laut, ikan, dan sayuran segar.
Atenas, Alajuela, Costa Rica
12 Mei 2023, 12.35 malam