Saturday, April 09, 2022

Ramadan 2022

"Thanks abang"
"Sini satu kali"
"Hihihi muah"
"Hara kemaskan dapur boleh? Abang nak pergi masjid"
"Okey abang. Take care"
"Hara tak nak ikut sekali?"
"Tak kot. Tak larat"
"Demam ke?"
"Tak"
"Tak payah kemas dapur. Balik nanti abang kemas. Hara rehat je"
"Okey abang"

.

Rasa bahagia dapat sediakan sahur untuk anak-anak dan isteri sejak 1 Ramadan lagi. Tidur awal. Bangun selepas 3 jam untuk mandi dan solat taubat serta tahajud. Seterusnya bertadarus. Selesai tadarus, siapkan sahur untuk anak-anak dan isteri.