Sunday, February 10, 2019

If you never try, you'll never know.

"Abang pernah datang sini berapa tahun lepas. Masa hati tengah pecah"
"Ceritalah"
"Malas ah. Cerita lama"
"Cerita, please"
"Abang datang sini mula-mula nak pujuk tapi entah macam mana tak jadi. Hati dah tawar kot. Dia cakap 'Win me back' sah-sah abang tak dapat sebab abang tak buat apa-apa untuk dapatkan dia semula. Abang tak usaha langsung. Abang give up. Abang macam let go je la. Bukan tak ada perempuan lain. Buat apa nak kecoh-kecoh. Abang rasa masa tu dia masih tunggu abang tapi sebab abang tak buat apa tambah dia marah dengan abang pasal abang pergi jumpa Hana, memanglah dia tak balik dengan abang. Lepas tu dia hantar e-mel. Panjang. Macam-macam abang kena bahan. Abang sayang dia lagi masa tu. Tapi bila kita tahu orang yang kita sayang ada orang lain, mestilah semua tak sama. Bila kita kena banding-banding baiklah kita undur diri. Abang banyak gaduh dengan dia, semua perkara nak gaduh. Sampai tak ingat benda apa yang buat gaduh. Punya banyak. Sampai sekarang dia suka ungkit hal lama, suka banding-banding. Yelah, orang dah tak suka. Memanglah semua tak baik. Dah cukup masa Tuhan ambil. Tuhan bagi pinjam sekejab"
"Kalau Tuhan ambil Hara. Abang kena pulangkan"
"Apa cakap macam tu"
"Semua yang kita miliki adalah pinjaman dari Tuhan. Bila sampai waktu, Tuhan minta kita pulangkan apa yang kita pinjam"
"Tak nak…"
"Nanti Tuhan cakap 'Eh ko dah pinjam tak gheti nak pulangkan. Ko nak buat harta ke hape'. Haa macam mana"
"Tuhan cakap macam tu eh. Haah nak buat harta cakap dekat Tuhan"
"Sweet je suami kita ni"
"Abang faham hati manusia boleh berubah. Kalau masa tu dia bagitahu abang 'Saya bukan tak sayang abang, tapi saya dah jatuh cinta dengan orang lain. Saya sendiri tak tahu macam mana. Saya harap abang faham'. Berhari-hari abang fikir apa salah abang bila dia buat tak tahu dengan abang. Yelah kita orang kan selalu gaduh. Abang call tak jawab, SMS tak reply. Berapa hari lepas tu terdetik dekat hati mungkin dia dah ada orang lain. Sekurang-kurangnya hormatlah abang sikit. Bagitahu abang. Ini tak. Diam je. Buat abang macam batu. Sakit sampai sekarang, pedih tak pernah hilang. Abang cuba lupa, hal lama tak pernah penat kejar abang"
"She still waiting for you, abang. Maybe she hoped at that time you have courage to make a step. She wants you to be a gentleman"
"Hmm…abang rasa masa tu semua dah terlambat"
"It's never too late. Abang, perempuan tak ungkit perkara lama kalau dia tak harapkan sesuatu dari orang yang dia sayang. Dia harapkan abang ambil 1 langkah yang akan ubah semuanya. Kalau abang ambil langkah maybe sekarang abang masih dengan dia. If you never try, you'll never know"
"Apa yang berlaku semua Allah dah tentukan dekat Luh Mahfuz. Ibu dia tak bagi pun dia nak juga. Kalau dah larang pun dia tak dengar, tak kanlah abang boleh ubah apa-apa. Semua yang kita fikir 'kalau' tu permainan psikologi. Kan dalam Quran tak ada kalau-kalau"








Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
7.40 pagi, 11.02.2019

Wednesday, February 06, 2019

Sebuah dunia

Hara masih merajuk dengan abang? Abang tak ada pilihan. Dalam rundingan perniagaan, semua ini perkara biasa sahaja - tak melibatkan hati dan perasaan. Kalaupun abang bukan seorang lelaki yang baik, belum pernah abang hinggap di sarang larangan. Usai sahaja rundingan, mereka mengajak abang menghadiri dinner. Abang pergi atas tuntutan kerja. Memanglah dalam apa-apa urusan baik politik mahupun perniagaan; perempuan dan arak wajib ada. Semalam abang disajikan dengan tarian gelek padang pasir. 

Begitulah dunia ini berputar. Hatta di dunia Islam, tak pernah ada rundingan di buat di masjid. Dunia tak pernah berputar mengikut citarasa kita. Untuk terus bertapak, kita yang harus mengikut rentak dunia. Abang punya prinsip dan abang memegangnya dengan erat. Ada orang kata, prinsip tak akan bawa kita pergi jauh; sekali-sekala kita perlu menggadaikannya. Abang di asuh supaya berpegang pada prinsip dan mempertahankanya walaupun kadang-kadang kerana prinsip kita mengalami kerugian dan di ketepikan. 

Lumrah dunia tak akan ada yang setia dengan kita selamanya baik isteri, kawan-kawan, keluarga mahupun saudara. Beruntunglah jika kita punya seseorang yang kekal setia menempuh segala ranjau dunia. Abang punya kawan yang pernah kesempitan wang, bakal di isytihar bankrap jika gagal membayar pinjaman bank. Dia meminta pertolongan dari kawan baiknya kira-kira RM 140,000. Hara tahu berapa yang perlu dibayar setiap bulan kepada kawannya itu? RM 12,000 untuk 9 tahun! 

Kawan baiknya mengaut keuntungan. Ketika kita dalam keadaan terdesak, kesempitan, waktu itulah orang di sekeliling kita akan mengambil kesempatan. Kawan abang tak punya pilihan kerana dia telah rugi RM 4.7 juta jadi mahu tak mahu dia terpaksa juga bersetuju untuk mengelakkan diri dari di isytihar muflis. Beginilah dunia ini berputar. Dunia ini dipenuhi manusia kejam yang tak berhati perut. Orang-orang yang rapat dengan kitalah yang selalu berbuat jahat kepada kita. Mereka jugalah yang selalu membuat onar.

Dunia perniagaan adalah sebuah dunia yang kejam penuh dengan hasad dengki dan iri hati. Kita tak boleh mengambil pusing tentang semua perkara. Ada perkara-perkara yang perlu kita kesampingkan. Dalam perniagaan, menjaga hubungan baik dengan semua orang adalah perlu. Kita berniaga, kita mencari kawan bukan lawan. Kita punya beribu kenalan dengan bermacam-macam watak lakonan. Tentu sahaja kita tak boleh layan semuanya. Kita harus bijak menyaring kenalan, kawan, rakan kongsi untuk membina jaringan. 

Hara harus tahu arena perniagaan di penuhi dengan manusia yang suka mengambil kesempatan, menikam dari belakang, memijak orang lain untuk maju ke depan, tak jujur dan amanah. Bila-bila masa sahaja kita boleh dipijak hingga mati. Mereka tak punya belas kasihan kerana perniagaan adalah wang sungguhpun kita telah lama mengenali dan menjadi kawan baik mereka. Atas sebab inilah abang tak punya ramai kawan. Abang punya lingkungan kawan yang kecil. Agaknya abang sudah malas melayan kerenah orang. 

Jumpa hari Jumaat, sayang!






Sheikh Zayed Mosque, Abu Dhabi, United Arab Emirates
10.01 pagi, 6 Februari 2019

Monday, February 04, 2019

Cleopatra

Sayangku Cleopatra,
tahukah engkau
dalam setiap hela nafasku
yang ku mahu
hanya harum
tubuhmu.






Tbilisi, Georgia - Abu Dhabi, UAE
8.30 pagi, 5 Feb 2019






PS: دايب فيك

Sunday, February 03, 2019

Secangkir teh panas

Sayangku, Lambchop

Abang masih di Tbilisi. Semalam abang jalan-jalan di kota. Kota Tbilisi merupakan ibu negeri Georgia. Reka bentuk bangunannya banyak dipengaruhi seni bina Asia Tengah, Era Stalin, Neo-Klasik dan Zaman Pertengahan. Kota ini wujud sejak kurun ke 5. Banyak tempat menarik untuk di lawati. Abang memilih ke Prospero’s Books and Caliban’s Coffeehouse. Di sana abang beli beberapa buah buku antaranya The Philosophy Book (Gregory Bassham), Caucasian Battlefields: A History of the Wars on The Turco-Caucasian Border 1828-1921(William Edward David Allen Paul Muratoff), Asia Minor Syria and Armenia (Richard Evans), The Oil and The Glory: The Pursuit of Empire and Fortune on the Caspian Sea (Steve Levine), Stalin and His Hangmen (Donald Rayfield), The House of the Dead: Siberian Exile Under The Tsars (Daniel Beer) dan Georgian Script & Typography

Kedai buku ini mempunyai sebuah kafe yang menyajikan aneka kopi yang terdapat dalam pelbagai campuran antaranya biji kopi dari Haiti, Brazil, Columbia, Indonesia, dan Kenya. Kafe ini turut menghidangkan aroma teh yang di import dari serata dunia. Antara yang menarik perhatian ialah Madagascar Coconut White Tea, Moroccan Mint Green Tea, Ceylon Supreme Black, dan Apricot Rooibos Herbal Tea. Sepanjang berada di kafe ini abang membayangkan kita berdua menikmati kopi dan teh panas sambil memilih buku. Oleh sebab itu, abang telah menempah beberapa gram daun teh yang telah di proses (sebahagianya dalam bentuk serbuk) untuk di bawa pulang supaya kita dapat menikmatinya bersama-sama. Makna kebahagiaan yang sebenarnya adalah berkongsi apa sahaja dengan orang yang kita cintai, umpamanya secangkir teh panas.

Abang rindu Hara. 





Sayang sepenuh jiwa,
Marshmallow











Tbilisi, Georgia
3 Feb 2019, 8.40 malam