Umar: Baju sana-sini
Adam: Adam kemas beg. Adam nak raya!
Umar: Mana beg awak?
Adam: Tu
Umar: Satu je?
Adam: Abang bawa berapa?
Umar: Towel dah masuk dalam beg?
Adam: Dah abang!
Umar: Mana towel awak?
Adam: Yang macam ni
Umar: Tuala kecik untuk lap muka, lap rambut. Tuala besar mana? Tak bawa?
Adam: Tak bawa
Umar: Kalau awak lap punggung, nak lap muka guna apa?
Adam: Tak payah lap punggung. Lap badan
Umar: Kulat punggung. Siapa nak jawab?
Adam: Abang tak payah fikir deep deep
Umar: Tak busuk ke lap punggung lepas tu lap muka
Adam: Tuala Adam. Punggung Adam
Umar: Buka beg. Kemas semula
Adam: Abang kemas. Adam nak main counter-strike
Umar: Kalau abang jadi daddy, abang dah haramkan awak main game. Padan muka awak
Adam: Alhamdulillah. Nasib Adam baik tak ber-daddy-kan abang