Wednesday, June 28, 2017

Kerinduan selalu mencuri lena kita

Abang di Lombok. Aladin akan bernikah pagi nanti. Semua ahli keluarga sudah mula berkumpul sejak dari siang tadi. Nampak saja muka abang, baik Ocio, Kak Ain, Ary mahu pun Petpet terus bertanya tentang awak. Abang kata awak akan berkahwin tak lama lagi. Abang katakan awak sudah mulakan hidup baru. Abang rasa Ocio sayang betul dengan awak. Dia tanya “S macam mana? Dia sihat?”. Ary kata “Sudahlah bergaduh. Macam budak-budak. Pergilah pujuk”. Petpet cakap “Kau ni pun samdol. Kau nak tunggu apa lagi. Pergilah cari si S tu”. Kak Ain tanya “Buah hati pengarang jantung jiwa raga kau macam mana sekarang?”. Abang kata “She's better off without me”.

Ary minta handphone abang. Dia kata nak SMS awak. Abang tak bagi. Lagipun abang tak simpan nombor awak dalam senarai phonebook. Ary kata dia rindu awak. Dia kata awak best. Dia cakap susah nak dapat adik ipar macam awak. Hari ini semua orang asyik bercakap tentang awak. Abang tak tahu nak balas apa. Abang sendiri tak tahu nak buka mulut beritahu yang abang sudah ada H. Semua orang bercakap tentang awak. Abang fikir sekarang bukan waktu yang sesuai untuk buka cerita tentang hal baru. Biarlah dulu. Abang tak bagitahu awak ya bahawa abang sudah ada orang baru. Namanya H, umur lebih kurang awak. Tinggal di Sri Hartamas. 

Abang tak tahu istilah yang sesuai untuk gambarkan abang dan H. Kami bukan couple tapi abang rasa dia dan abang tahu apa namanya ikatan ini. Abang sudah berjumpa keluarganya minggu lepas. Abang belum hantar rombongan lagi. Mungkin lepas balik dari bercuti abang akan minta keluarga di Johor masuk meminang. Kalau semuanya berjalan lancar, abang bercadang ingin simpulkan dua hati pertengahan tahun depan. Tahun ini tak sempat rasanya, terlalu tergesa-gesa. Lagipun tak ada apa yang perlu di kejarkan. Perlahan-lahan, follow the step. Abang jumpa dia di Kino. Cantik orangnya, tinggi, langsing dengan barisan gigi yang teratur. Cuma dia tak miliki tahi lalat seperti awak. 

Cinta abang dengan H tak seperti cinta kita - panas, berapi dan berahi. Kita terasa bahangnya cinta. Abang rasa cinta abang dan dia bersifat monotonous. Ini cinta yang baru. Belum tumbuh sempurna, kata orang masih menanam benih, masih mencari kata sepakat. Tak ada bulan bintang, tak ada lautan api, tak ada gunung-ganang, tak ada ribut petir, tak ada onak duri. Cinta kita ada segalanya. Cinta abang dan H, cinta yang baru. Belum di duga ribut petir. Semuanya serba sederhana. Abang malah tertanya-tanya adakah ini di namakan cinta kerana sifatnya yang serba sederhana. Orang kata, cinta ada pelbagai rupa dan warna, perlu di pupuk dan di baja agar ia tumbuh sempurna. 

Jam sudah 3.01 pagi. Abang sebenarnya terjaga dari tidur. Tidur abang terganggu dengan bayangan awak. Awak rindukan abang? Kenapa abang terasa seperti awak memanggil nama abang? Mungkin hanya perasaan. Mungkin abang yang perasan. Sudah tiga malam abang tak dapat tidur dengan lena. Semalam, ketika terjaga abang ambil telefon dan dail nombor awak. Realiti membuat abang menekan butang merah. Kita tak mungkin berbual panjang di telefon. Abang tahu. Abang patut sedar tindakan yang abang ambil adalah salah. Abang cuma mahu telefon dan bertanya “Awak okey? Sudah tiga malam saya rasa gelisah sebab awak. Kalau tak okey, saya ada”. Kerinduan selalu mencuri lena kita.

Awak tahu tak, kalau ikutkan hati, abang mahu saja culik awak dan bawa lari. Abang mahu saja kurung awak. Abang mahu lenyapkan awak dari muka bumi ini supaya semua orang anggap awak sudah mati. Biar awak jadi milik abang sepenuhnya. Tapi akal abang masih waras. Abang tak mahu lukakan hati ibu dan ayah. Abang tak mahu ibu dan ayah sedih atas kehilangan awak. Abang tak mahu ibu ayah derita. Abang tak sanggup lihat seorang ibu bersedih kehilangan anak. Cinta itu sifatnya membebaskan. Jadi abang bebaskan awak dari roh abang. Abang lepaskan awak agar awak menjadi permata buat ibu dan ayah. Cinta abang pada awak rebah bila berdepan kasih sayang seorang ibu pada anaknya.

Selamat malam, sayang. Tidurlah dengan lena, abang ada.

_

“I can write the saddest poem of all tonight.

Write, for instance: "The night is full of stars,
and the stars, blue, shiver in the distance."

The night wind whirls in the sky and sings.

I can write the saddest poem of all tonight.
I loved her, and sometimes she loved me too.

On nights like this, I held her in my arms.
I kissed her so many times under the infinite sky.

She loved me, sometimes I loved her.
How could I not have loved her large, still eyes?

I can write the saddest poem of all tonight.
To think I don't have her. To feel that I've lost her.

To hear the immense night, more immense without her.
And the poem falls to the soul as dew to grass.

What does it matter that my love couldn't keep her.
The night is full of stars and she is not with me.

That's all. Far away, someone sings. Far away.
My soul is lost without her.

As if to bring her near, my eyes search for her.
My heart searches for her and she is not with me.

The same night that whitens the same trees.
We, we who were, we are the same no longer.

I no longer love her, true, but how much I loved her.
My voice searched the wind to touch her ear.

Someone else's. She will be someone else's. 
As she once belonged to my kisses.
Her voice, her light body. Her infinite eyes.

I no longer love her, true, but perhaps I love her.
Love is so short and oblivion so long.

Because on nights like this I held her in my arms,
my soul is lost without her.

Although this may be the last pain she causes me,
and this may be the last poem I write for her.”


― Pablo Neruda





Lombok, Indonesia
3.33 pagi