Wednesday, March 08, 2017

Merindu tanpa kata



Maybe I didn't treat you
Quite as good as I should have
Maybe I didn't love you
Quite as often as I could have
Little things I should have said and done
I just never took the time

You were always on my mind
You were always on my mind

Maybe I didn't hold you
All those lonely, lonely times
And I guess I never told you
I'm so happy that you're mine
If I make you feel second best
Girl, I'm so sorry I was blind

Always On My Mind
Elvis Presley

_

Tadi, ketika abang sedang siapkan assignment, abang terdengar seolah-olah awak memanggil abang. Dulu, awak selalu terjaga dari tidur. Bila terjaga, awak akan panggil abang. Abang akan temankan awak tidur sepanjang malam. Kadang-kadang bila awak mengantuk, abang akan nyanyikan lagu supaya awak cepat lelapkan mata. Sampai hari ini abang tak mahu dengar lagu yang selalu abang nyanyikan untuk awak. Kenangan sangat tajam menikam kalbu. Abang tak mahu dengar sebab abang tak mahu kalah dengan rindu, kalah dengan perasaan. Rindu yang pedih…

Melihat awak tidur merupakan satu nikmat yang paling abang rindui. Menemani awak tidur sepanjang malam tak pernah membuat abang bosan. Abang suka dengar awak berdengkur walaupun seringkali awak menafikannya. Melihat orang yang kita sayang tidur sesuatu yang menenangkan. Dulu, kalau abang tak ada, awak tak dapat tidur lena. Awak selalu risaukan abang. Awak selalu teman abang bila abang tak dapat tidur. Tambah-tambah bila sakit tanpa belas. Kita selalu menangis di waktu malam, Kita takut berpisah, awak takut sakit yang abang alami akan memisahkan kita. 

Sekali-sekala di waktu pagi abang tak mahu awak bangun dari pelukan abang. Abang selalu cuba buat hati awak cair supaya awak tak mahu ke tempat kerja dan selalunya abang berjaya menggoda awak. Awak tetap bangun dan bersiap ke hospital walaupun berat hati. Awak selalu cakap yang awak suka duduk dengan abang tanpa buat apa-apa. Awak selalu cakap, bila habis kerja, awak tak sabar pulang ke rumah sebab di rumah ada abang. I once was your home and your adventure. Cinta yang kita ada sangat manis. Awak pernah kata, I'm addicted to your love.

Sejak awak tak ada dalam hidup abang, abang sangat sunyi. Kita selalu berbual panjang. Bila awak pergi, abang tak ada teman berbual. Abang suka dengar setiap cerita awak di wad, bila awak pergi, tak ada lagi orang hendak berkongsi cerita dengan abang. Abang selalu excited nak tahu setiap hari-hari yang awak lalui. Abang suka dengar setiap perkara yang awak ceritakan pada abang. Sejak awak pergi, hidup abang sangat kosong. Tak ada perkara yang buat abang teruja. Dulu abang selalu tunggu awak balik kerja. Kadang-kadang abang telefon, sengaja menggoda awak supaya balik awal.

Pernah tak, sehari dalam hidup awak, awak rindukan abang? Pernah tak, bila awak dengar lagu kita, awak teringatkan abang? Pernah tak, dalam sehari awak tak boleh singkirkan abang dari ingatan awak? Pernah tak, awak tak ada selera makan bila terkenang abang? Abang percaya pernah. Awak tak mampu singkirkan abang dari hati awak. Kenapa awak tinggalkan abang? Kenapa awak tak pilih abang? Hari-hari merindu awak bukan suatu perkara yang baik. Kadang-kadang abang di bawa emosi dan abang selalu kalah dengan air mata.

Sewaktu di AS tempoh hari, abang hampir menghantar SMS pada awak. Abang berniat untuk kirim sepatah dua kata kerana terlalu rindu tapi abang kuatkan diri. Abang berjanji pada diri tak mahu ganggu hidup awak. Awak sendiri pernah cakap pada abang, awak mahu lupakan semua memori tentang kita. Walaupun berkecil hati, abang tak marah. Abang mungkin terasa tapi tak pernah membenci. Awak tak mahu abang dalam hidup awak. Abang perlu tabahkan hati supaya abang boleh bawa diri jauh dari awak. Sejauh manapun abang pergi, abang tetap mahu kembali pada awak. 


Kabin, Ipoh
4.3.2017/4.45am