Monday, January 30, 2017

Lelaki bernama Imran

A woman with a beautiful body is good for a night, but a woman with a beautiful mind is good for a lifetime. – Anonymous

Kawan abang selalu tanya apa istimewanya awak pada abang. Abang tak pernah jawab. Selalunya abang cuma senyum. Abang tak pernah beritahu sesiapa. Ia sangat peribadi, sangat intim sifatnya. Abang sendiri tak mahu berkongsi dengan orang lain. Sesiapa pun tak perlu tahu. Selama kita bersama, awak tak pernah tanya dan abang sendiri tak pernah mempunyai niat untuk berkongsi.

Hari ini, selepas makan malam tiba-tiba Huda bertanya tentang awak. Abang masih tersenyum dan tak beri apa-apa jawapan. Cukuplah awak tahu, dari hati nurani dan kaca mata abang, sebagai seorang lelaki, abang meletakkan awak di tempat yang paling tinggi. Awak sangat istimewa di hati abang. Perasaan ini tak pernah muncul ketika abang bersama orang lain.


* * *

Kejar impian awak. Jangan benarkan sesiapa pun perkecilkan awak. Jangan benarkan sesiapa pun patahkan semangat awak. Jangan benarkan sesiapa pun rendahkan martabat awak. Letaklah diri awak dalam kelas yang tersendiri. Awak yang sangat istimewa di hati abang, sangat abang hormati, sangat abang cintai. 

Kalau nanti ada orang yang tak percaya pada awak, perkecilkan impian dan cita-cita awak, ingatlah bahawa ada seorang lelaki bernama Imran yang tak pernah meragui diri awak. Awak sama tinggi, sama rendah malah lebih baik dari kebanyakkan perempuan di luar sana. Ingatlah bahawa Imran ini selalu percaya pada awak walaupun seluruh dunia meragui kehebatan awak.

Lebarkan sayap, terbang lebih tinggi. Awak istimewa, sangat istimewa. Kalau awak keseorangan, ketahuilah ada seorang lelaki bernama Imran yang akan ada selalu dengan awak tak kira apa pun situasi awak. Kalau awak kesepian, keseorangan dalam dunia ini, ketahuilah bahawa ada seorang lelaki bernama Imran yang lebih kesepian setelah kehilangan perempuan yang paling dia sayangi. 




1.30 am
North Shore, Hawaii