Ku harap kau tak lupa
Detik malam kita menghitung bintang
Yang berselerak di langit tuhan atas sana,
Kerana ia lebih indah dari sekadar bilangan
Malah menyimpan rahsia yang hanya milik kita.
Di kelewatan ini,
Hal yang mengamankan rindu yang merusuh
Hanyalah ingatan tentang kita
Di hari-hari yang telah berlarian pergi.
Dewiku, ku lihat bintang jatuh pada detik malam itu
Dan aku telah mendoakan keajaiban yang mustahil
Dalam diam, dalam sedar
Dan kenangan adalah jawapan doaku
Yang kini tak dapat ku hindar.
- Karl Agan
***
I thank you for your part in my journey.
Pulau Belitung, Sumatera
11.08 pm