Saturday, June 11, 2016

My memory loves you

Hari ini hari ke 322 kita tak berhubungan antara satu sama lain. Hari ke 322 abang tak mendengar suara awak. Hari ke 322 abang tak mendengar sebarang khabar dari awak. Mungkin abang sudah lupus dari ingatan awak. Tapi awak tak pernah luput dari ingatan abang.  “My memory loves you… it asks about you all the time.”

Begitu banyak perempuan yang hadir dalam hidup abang. Namun tak ada seorang pun yang menambat hati abang. Hati abang tetap mahukan awak. Abang tak dapat move on, abang tak dapat let go, abang tak dapat get over it. Abang tak dapat lupakan awak. Awak begitu kuat menguasai hati abang, menguasai seluruh hidup abang. 

Jauh abang pergi tetap juga ingatan abang singgah pada awak. Jauh abang bawa diri tetap juga rindu pada awak. Sungguh lelah hingga abang rasa abang tak mungkin dapat lupakan awak. Beberapa kali abang terlantar di hospital, sakit, kerana rindukan awak. Abang hampir gila, hidup dalam tekanan hingga doktor bekalkan abang ubat anti depresi

Betapa abang rindukan awak. Kerinduan yang tak dapat di tanggung lagi. Abang tak pernah tahu cinta sesakit ini. Abang tak pernah tahu pedihnya hingga ke tulang hitam. Abang tak pernah bayangkan cinta seluka ini, terlalu dalam. Cinta yang pernah buat abang bahagia terasa seperti belati menghiris hati. 

Betul kata C.S Lewis “If you love deeply, you’re going to get hurt badly”.

_ _ _


Beberapa kali abang cuba call awak tapi abang tak berani. Awak garang, awak suka marah-marah abang. Dan abang paling takut kalau awak cakap perkataan yang tajam, buat hati abang bertambah luka. 

I couldn’t bear it anymore. 

_ _ _

Mata abang bengkak. Anak-anak takut abang jadi macam Kassim Selamat. Ocio cakap nak ambil anak-anak tinggal dengan dia sebab abang tak stabil. Berat badan abang turun lebih 15kg. Kadang-kadang abang sendiri rasa diri tak terurus. 

_ _ _


Apa khabar awak di sana? Moga baik-baik saja. Selamat berpuasa, sayang. 

Mereka mengira akulah kekasih yang baik bagimu sayang. Tanpa mereka sedari, bahawa kaulah yang menjadikan aku kekasih yang baik - Habibie dan Ainun





Kaherah, Mesir
10.26 am