Hai sayang!
Abang dalam perjalanan dari Sinai ke Eilat dengan menaiki unta. Abang bersama anak-anak dan sekumpulan tour guide Badwin. Pada mulanya abang tak mahu ambil tour guide tapi beberapa kenalan sarankan abang gunakan khidmat mereka untuk mengelakkan sesat. Di samping itu, mereka tahu banyak tempat menarik.
Adam seorang sahaja yang tak berpuasa. Kakak dan Umar puasa penuh. Dengan teriknya mentari di padang pasir, mereka tetap tak mahu buka puasa. Suhu di Kaherah tempoh hari (13 dan 14 Jun) mencecah 41°C hingga 42°C. Panasnya Tuhan sahaja yang tahu. Anak-anak tetap istiqamah puasa. Bila berbuka mereka minum dengan banyaknya.
Buat pertama kalinya abang tak tidur dalam khemah. Mengikut tradisi orang Badwin, mereka tidur di tempat terbuka tanpa khemah - beralaskan pasir berbumbungkan langit. Hanya Huda saja yang tidur dalam khemah. Kalau kita perlukan khemah kita boleh sahaja minta pada tour guide.
Abang dan anak-anak bersama Arab Badwin mendaki Jabel Musa. Di katakan di tempat inilah Nabi Musa menerima 10 perintah Allah. Pada mulanya abang tak mahu anak-anak mendaki kerana laluannya curam dan agak sukar. Tapi Arab Badwin berjaya yakinkan abang. Mereka bantu anak-anak mendaki. Anak-anak punyalah seronok dapat tengok pemandangan seluruh padang pasir.
Malam ini abang tak tidur di padang pasir. Abang tidur di Fox Camp. Fox Camp berdekatakan dengan St. Katherine. Jangan tak tahu abang online guna Wifi yang di sediakan camp. Kemarin berbuka puasa, berterawih dan tidur di padang pasir. Malam ini tidur di dalam bilik. Lebih selesa.
Untuk perjalanan esok abang gunakan jeep 4X4. Sebelum ini abang gunakan khidmat unta sebab ada beberapa tempat yang abang pergi hanya boleh sampai dengan menaiki unta - pemanduan tidak sesuai kerana debu merah akibat tindak balas cuaca. Esok abang akan ke Monastery of St Katherine yang terletak tidak jauh dari tempat abang menginap.
.
Those we love never go away, even when they can’t be physically present. They walk beside us. Still loved, and still missed - Unknown
Fox Camp, Sinai
2.15 am