Monday, February 29, 2016

Sarkastik


Mydin buka lagi tak?

Leap Year

Happy birthday, Ocio!

Wednesday, February 24, 2016

Dua langkah ingatan

Hari ini masuk hari ke lima abang berada di Gunung Ledang. Pagi tadi genaplah kali ke tiga sampai ke puncak gunung. Menginap di resort selama 3 hari. Baki 2 hari di tapak perkhemahan. 

Abang mendaki bersama anak-anak dan Don. Pihak pentadbiran pada awalnya tak benarkan abang bawa anak-anak kerana kawasan agak bahaya dengan beberapa cerun tinggi. Tambahan kawasan pendakian agak licin. 

Setelah berbincang, pihak pentadbiran benarkan abang bawa anak-anak mendaki dengan syarat sebarang kemalangan yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab abang. Adamlah yang paling gembira sebab berpaut pada leher daddy. 

Abang sempat lihat matahari terbit pada hari kedua dan keempat. Hari ketiga abang bawa anak-anak mendaki hingga ke puncak untuk lihat matahari terbenam. Kemudian turun semula ke tempat penginapan. Seperti biasa, malamnya abang siapkan beberapa kerja yang masih perlukan perhatian.

Menginap di tapak perkhemahan tak sama rasanya menginap di resort. Huda dan Adam tak kisah bermalam di tapak perkhemahan tapi Umar tak mahu. Umar membebel sepanjang malam sebab dia tak dapat tidur - nyamuk banyak katanya. 

Anak-anak begitu semangat naik ke atas walaupun melalui beberapa kawasan yang sukar di daki. Abang daki perlahan-lahan bersama anak-anak. Sambil mendaki sambil berhenti makan sandwich/coklat dan minum air.

_ _ _

Abang masih ingat sayang suka sangat dengan teater Puteri Gunung Ledang (sayang suka Stephen Rahman-Hughes, yelah, kan sayang cakap suara dia sedap). Abang masih rasa kesal tak teman sayang menonton teater PGL di Istana Budaya (kalau tak silap).

Abang di Gunung Ledang. Belum bertemu dengan Puteri Gunung Ledang yang khabarnya kejelitaan tiada tandingan. Mungkinlah abang tak akan bertemu dengan puteri rupawan kerana dalam hati abang, sayang sudah cukup jelita, rupawan segala rupawan. 

Selamat malam, sayang. Moga lenamu di buai mimpi kayangan.

“Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda” – Hang Tuah 



Gunung Ledang
3.53pm

Thursday, February 18, 2016

Gojes

Daddy: Kemas beg. Esok kita nak pergi pulau lain pulak.
Umar: Kakak temalam macam mana daddy?
Daddy: Kenapa dengan dia?
Umar: Kita pelgi pulau lain daddy tak dapatlah tenal kakak temalam.
Daddy: Hahaha sibuk je nak carikan daddy calon eh.
Umar: Kakak temalam gojes daddy.
Daddy: Mana pulak la Umar belajar gorgeous bagai ni. Hal orang tua Umar mana boleh masuk campur.
Umar: Adik nak tolong daddy jangka masa panjang haa. Nanti adik, kakak, budak tecik-tecik tawin daddy tak ada tawan. Tetian daddy.
Daddy: Macam-macam Umar ni. 
Umar: Tapi kakak temalam gojes daddy. 
Daddy: Umar je la kawin kalau susah-susah sangat hahahaha
Umar: (tarik muka masam)

Wednesday, February 17, 2016

Bergetar Tulang Rusuk

Umar: Daddy tinilah tejab. Ada pelkala menalik.
Daddy: Kenapa?
Umar: Daddy tinilah tejab. Tejab je.
Daddy: Ada apa? Daddy banyak kerja ni.
Umar: Adik tomfident kalau daddy tengok belgetar tulang lusuk daddy haa
Daddy: Amboi bukan main lagi ayat dia.
Umar: Daddy tanganlah tengok lama.
Daddy: Tadi suruh daddy tengok haa
Umar: Ustaz takap kita hendaklah menjaga mata daddy.
Daddy: Dah tengok. Daddy nak buat apa?
Umar: Daddy tanyalah nama.
Daddy: Takkan tiba-tiba daddy nak tanya nama.
Umar: Talau daddy tak tanya lugilah daddy.
Daddy: Pandai kan psiko daddy.
Umar: Adik bagi cadangan. Daddy jangan takap adik tak payung.
Daddy: Ye la ye la. Nanti daddy hai hai dengan dia. Tapi daddy ada banyak kerja. Kejab lagi la.
Umar: Daddy melepash adik tak tanggung.
Daddy: Okey la. Okey la. Daddy tanya sekarang.

Tuesday, February 16, 2016

Hantu

Daddy: Kenapa nangis ni? 
Adam: Abang jadi hantu.
Daddy: Yang Umar kacau Adam tidur kenapa?
Umar: Adik tak boleh tidur. 
Daddy: (dukung Adam) Daddy tepuk Adam tidur eh.
Adam: (geleng)
Umar: Adik menguap daddy. Adik tidur dulu.
Daddy: Nak lari mana tu?
Umar: Adik tak lali. Adik nak tidur. Tadi adik tak menguap daddy. Tekalang adik menguap.
Daddy: Pandai jawab. Selagi adik dia tak menangis selagi tu la usik. Ni dah nangis pandai nak cabut.
Umar: Daddy takap adik ni abang. Abang mestilah tekali tekala usik adik haa
Daddy: Menjawab-menjawab. Daddy rotan nanti.
Umar: Daddy tanganlah telius tangat. Daddy dah tua. Nanti daddy tene takit jantung. Adik susah.
Daddy: Sabar je la dapat anak pandai bercakap ni.
Umar: Sabar sepaluh dali iman daddy hehehe

Sunday, February 14, 2016

Tell me the truth

I was about to send you an email and it has nothing to do with Valentine’s Day. I don’t know why, but something always reminds me of you. Maybe it's because I love running into you. Babe, I just want you to know that you’re a lovely girl that I just can’t let go of. I try, but I always fail.

Can you just give me back my heart so that I can give it to another girl? Well, you have the key. Just kidding. I miss my little girl who is smart, brave, and outspoken. I miss you.

I'm just curious, do you ever miss me? I have an intuition that you always think about me, at least before you close your beautiful eyes. So tell me, how often do you think about me in a day? No lies, baby. Tell me the truth, do you still cry when you miss me? Because I do.

If you try to find someone like me but a better version, you won’t find them. If you fall in love again, I’m sure that person will be totally different from me, and I can assure you that you will miss me for your entire life. You said I'm your first and last love.
_ _ _

Ah alangkah sukarnya 
mencari bintang
yang setanding
dengan mata dan bibirmu
dengan hidung dan pipimu
tetapi alangkah nikmatnya
mengingat wajahmu
yang membayang
di setiap kerdipan bintang
di angkasa malam yang lapang
di kelambu langit dewangga
di cakerawala yang penuh rahsia
alangkah sukarnya mencari bintang
alangkah nikmatnya wajahmu terbayang


Berlantaikan Bumi Bertikarkan Pasir
Firdaus Abdullah




Pulau Aur
1.35am

Valentine's Day

Hi hubs
“Ni kalau bakal isteri aku dengar mau jealous 365 hari hahaha”
Happy Valentine’s Day
“Lagi la double jealous
“You buat apa tu?”
“Kerja”
“4am kot waktu Malaysia”
“Tabiat lama tak boleh buang”
“Bukan you on vacation kew?
“Siang bercuti. Malam kerja”
Valentine’s day you tak pergi cari makwe ke?”
“Aku tak pernah sambut pun. Kalau ex aku wish, aku wish balik. Sambut tak pernah”
“Konservatif gila”
Hot guy konservatif macam aku ni susah nak jumpa. Limited and special edition apa”
“Masuk lif tekan sendiri erk”
“Betul kan aku handsome, smart, good looking, tampan, kacak, charming. Ala ngaku je la aku memang hot guy
“Pirah!”
“Rajin call aku”
“Whatsapp you tak gerak-gerak so I call. For sure you tak busy
“Rajinnya check WhatsApp orang. Banyak betul masa”
“I’ll always have time for you”
“Min, nak rehat”
Why not you cakap aje Min I nak sleep sebab you memang nak tidur pun kan”
“Hahaha tu namanya lelaki beradab”
I like lelaki pemalu”
“Night Jules”
“Night handsome”

Thursday, February 11, 2016

Syiling Purba

Daddy: Umar jumpa dekat mana syiling tu?
Umar: Adik jumpa tepi batu daddy.
Daddy: Ada minta izin tak?
Umar: Ustaz takap khulafat daddy. Adik tak buat pelkala khulafat.
Daddy: Kalau ada orang punya macam mana?
Umar: Temua atas muka bumi adalah kepunyaan Allah, daddy.
Daddy: Ye la tapi mesti ada tuan yang punya. Kalau orang jumpa handphone Umar lepas tu orang tu ambil, Umar marah tak?
Umar: Adik malah olang tu daddy.
Daddy: Ehh mana boleh marah. Umar cakap tadi semua atas muka bumi adalah kepunyaan Allah.
Umar: Tapi daddy, itelefon adik punya. Daddy yang beli. Adik tuan punya itelefon.
Daddy: Sama dengan syiling tu. Mesti ada orang yang punya. Mungkin orang tu kita tak nampak sebab lain dunia dengan kita tapi tak semestinya kita tak nampak dunia lain tak wujud. Jadi Umar tak boleh ambil apa-apa yang Umar jumpa. Kita kena pulangkan syiling tu semula. 
Umar: Tapi syiling pulba daddy. Talau adik jual adik boleh jadi kaya laya.
Daddy: Kawan daddy jual barang antik. Dia ada banyak syiling zaman kerajaan Melaka. Kalau nak nanti daddy bawa Umar jumpa dia.
Umar: Esok adik letak temula syiling pulba ni daddy.
Daddy: Good boy. Jangan ambil lagi barang-barang lama.
Umar: Tapi daddy kumpul balang lama. Temana tumpah kuah kalau tidak ke nasi daddy.
Daddy: Daddy beli nak simpan bukan buat duit macam Umar.  Lagi satu daddy tak ambil yang jumpa.
Umar: Adik mengaku talah daddy.
Daddy: Yes! Daddy menang. Kena asah lagi kemahiran berfikir Umar tu hehehe.
Umar: Adik bagi peluang daddy menang. Daddy dah tua.
Daddy: Kemain lagi jawapan dia kan.
Umar: Heeeheee 

Wednesday, February 10, 2016

Yang memukau khayalanku

Abang tak tahu nak buat apa di rumah. Asyik teringatkan awak. Sekarang abang cuma ada 5 kerja, banyak masa free. Kalau abang tak buat apa-apa mestilah abang akan selalu rindukan awak. Kalau boleh tak nak rindu awak selalu sebab rindu sesuatu yang menyakitkan. 

Abang ada di Pulau Dayang. Bila awak cuti, datanglah sini. Ada banyak site untuk aktiviti scuba. Pulau Dayang cantik dengan air laut yang jernih - belum tercemar. Tadi abang check pakej scuba. Abang rasa taklah mahal sangat. Awak boleh pilih site yang berkenan di hati. 

Kawan abang banyak kali ajak abang pergi diving tapi abang tak nak. Abang tak bawa peralatan scuba tambahan lagi abang sendiri tak ingat bila kali terakhir abang menyelam ke dasar laut. Abang pernah hampir lemas ketika bertugas dulu. Jadi abang cuba jauhkan diri dari laut. Agaknya abang masih trauma.

Tiba-tiba hari ini anak-anak nak ambil lesen scuba. Huda cakap laut jernih rugi kalau tak dapat berenang dengan ikan. Huda nak lukis gambar dasar laut. Jadi dia kenalah belajar diving. Umar cakap dia nak belajar diving sebab nak cari harta karun. Kalau jumpa boleh jadi kaya. Dia cakaplah. Adam nak diving sebab nak pegang ikan tengah berenang.

_ _ _

Awak, hmm...
Selamat malam sayang. Tidur lena. Mimpi indah. 

_ _ _

Sebutir tahi lalat kecil
yang bersemayam
antara bibir dan hidungmu
adalah ibarat sejambangan bunga 
yang bertahta
di atas meja seorang raja
yang memukau mata
dan khayalanku


Surat untuk N
Firdaus Abdullah



Pulau Dayang
3.14 am

Monday, February 08, 2016

There’s always one guy that is perfect for you

A few months je tinggal. Then I boleh balik Paris. Lega!”
“Kata bulan 7 baru habis”
“85% done. Sikit je lagi then you boleh datang selalu jumpa I
“Paris bosan la. Jemu dah”
“Abang you tak jemu pun. Gedik”
“Ocio tu lain la. Buat apa je dekat Paris nanti?”
“Tunggu you masuk pinang I”
“Hahaha”
I serius ni”
“Apa?”
“Yang I cakap tadi”
“Dah gagal lagi. Nak masuk minang mana-mana perempuan pun tak boleh”
“Cakap dah get over. Move on. Move on sangat”
“Hari tu macam dah move on tapi entah. Tu Farid al-Attash nak campak mana?”
“Tak kuasa I dengan mamat tu huh!”
“Jangan cakap nanti sangkut baru padan muka”
So you nak lari ke mana plak lepas ni?”
“Hahaha perli tak agak”
“Bagi I cuba dulu”
“Tak boleh”
“Please”
“There’s always one guy that is perfect for you”
“I won’t give up”
“Tak berbaloi Min”
“Ada perkara yang kita perlu terus cuba walaupun kita tahu kita tak punya peluang”

Sunday, February 07, 2016

Allah knows best

“Pakcik, Uda sihat?”
“Salam tak bagi tanya khabar pun tak alih-alih tanya Uda dia je”
“Hehehe pakcik sihat?”
“Sihat. Boboy dekat mana?”
“Kem Pelarian. Uda mana pakcik?”
“Asyik tanya Uda je”
“Pakcik cakap la Uda mana?”
“Pakcik dah berpisah. Dua tahun dah”
“Kenapa pakcik?”
“Budak-budak tak boleh sibuk hal orang tua. Ni call kenapa?”
“Boboy rindu pakcik hehehe”
“Boleh percaya ke? Rindu pakcik ke rindu Uda?”
“Kalau pakcik call Uda pakcik sampaikan salam sayang Boboy dekat Uda”
“Pakcik pun tak ingat bila last pakcik call Uda. Kalau pakcik call nanti pakcik cakap”
Stay strong pakcik. Allah knows best”
“Terima kasih. Jaga diri dari bom. Ada apa-apa roger pakcik”
“Okey pakcik!”

Saturday, February 06, 2016

Di dera rindu

Abang baru habis buat kerja. Sebenarnya masih banyak kerja yang perlu di selesaikan tapi sebab sakit belakang yang agak sukar di tahan, abang ambil keputusan untuk berehat dan tidur awal. Sekarang  jam 2.40 pagi. Tentu awak sudah tidur kalau tidak bekerja di wad. 

Abang gagal entah untuk kali ke berapa. Abang yakin abang masih belum move on. Entah kenapa abang gagal lagi kali ini. Mungkin antara sebab utamanya abang berada di sini. Abang tak seharusnya balik ke Malaysia. Mungkin lebih baik kalau abang pindah tapi abang terasa berat untuk bawa diri ke luar negara. 

Kadang-kadang abang rasa abang tak move on sebab awak selalu rindukan abang (okey abang perasan). Awak iron lady. Memanglah kuat macam besi. Kalau abang tak ada dalam hidup awak, awak masih steady macam biasa. Abang selalu tak kuat. Tak tahu lagi nak buat macam mana. 

Cuba awak bagi abang tips cara-cara nak lupakan awak. Macam manalah nak lupakan awak yang comel tapi garang macam singa – abang pun tak tahu. Tadi abang baca berita harimau kena langgar dekat LPT2. Abang teringatkan awak. Awak garang tapi manis. Harimau manja. Badan pun selalu ada cop harimau heehee

Tahun ini tahun ke 14 abang jatuh cinta dengan awak. Empat belas tahun abang sayangkan awak tentu tak begitu mudah untuk abang lupakan awak. Abang cuba tapi gagal. Abang akan cuba lagi sehinggalah abang berjaya demi kebaikan kita bersama. Walau berat, bukan kehendak hati abang, abang tetap lakukan. 

_ _ _

kerinduan yang memilukan
pada yang lalu, pada yang jauh
yang jauh
satu seksa bukan kepalang

paling derita didera rindu
penjara sepi dindingnya tinggi
tak siapa yang biasa tahu
selain dari yang mengalami


Senja Sepi di Rantau
Firdaus Abdullah

_ _ _

True love has a habit of coming back. 

Friday, February 05, 2016

Come to my dreams

Kenapa terlalu susah untuk lupakan sesuatu yang ingin kita lupakan? Sering kali rindu akan datang bertamu di hati. Dengan pelbagai lagu yang di putarkan radio, membawa seribu kenangan. Ia sangat mendukacitakan kerana saya gagal sekali lagi untuk melepaskan awak pergi dengan sepenuh hati kerana itulah keinginan yang bersarang di dalam hati. Dan entah kenapa ia masih tak mahu pergi.

Hari yang sedih bila tahu diri masih di pintu yang sama.
There are songs that make you sad when you hear them. But it aren’t the songs that make you sad, it are the people behind the memories. 

Come to my dreams if you can, tonight, I will kiss you there. Good night, sayang.