Wednesday, February 10, 2016

Yang memukau khayalanku

Abang tak tahu nak buat apa di rumah. Asyik teringatkan awak. Sekarang abang cuma ada 5 kerja, banyak masa free. Kalau abang tak buat apa-apa mestilah abang akan selalu rindukan awak. Kalau boleh tak nak rindu awak selalu sebab rindu sesuatu yang menyakitkan. 

Abang ada di Pulau Dayang. Bila awak cuti, datanglah sini. Ada banyak site untuk aktiviti scuba. Pulau Dayang cantik dengan air laut yang jernih - belum tercemar. Tadi abang check pakej scuba. Abang rasa taklah mahal sangat. Awak boleh pilih site yang berkenan di hati. 

Kawan abang banyak kali ajak abang pergi diving tapi abang tak nak. Abang tak bawa peralatan scuba tambahan lagi abang sendiri tak ingat bila kali terakhir abang menyelam ke dasar laut. Abang pernah hampir lemas ketika bertugas dulu. Jadi abang cuba jauhkan diri dari laut. Agaknya abang masih trauma.

Tiba-tiba hari ini anak-anak nak ambil lesen scuba. Huda cakap laut jernih rugi kalau tak dapat berenang dengan ikan. Huda nak lukis gambar dasar laut. Jadi dia kenalah belajar diving. Umar cakap dia nak belajar diving sebab nak cari harta karun. Kalau jumpa boleh jadi kaya. Dia cakaplah. Adam nak diving sebab nak pegang ikan tengah berenang.

_ _ _

Awak, hmm...
Selamat malam sayang. Tidur lena. Mimpi indah. 

_ _ _

Sebutir tahi lalat kecil
yang bersemayam
antara bibir dan hidungmu
adalah ibarat sejambangan bunga 
yang bertahta
di atas meja seorang raja
yang memukau mata
dan khayalanku


Surat untuk N
Firdaus Abdullah



Pulau Dayang
3.14 am