Sunday, October 11, 2015

Sheep

Adam suka bangun tengah malam. Biasanya jam 3 atau 4 pagi. Kalau daddy tidur awal jarang pula Adam bangun kejutkan daddy. Adam suka bangun tengah malam dan minta ayam goreng, coklat panas atau bacakan dia buku cerita. Kadang-kadang teman dia menonton tv. 

Sedang daddy tidur dengan lena, Adam kejutkan daddy. Jam di dinding menunjukan 3 pagi. 

Adam: Daddy. Daddy lukis sheep.
Daddy: Sekarang?
Adam: Adam nak sheep
Daddy: In the middle of the night?
Adam: Bolehlah daddy. Bolehlah.
Daddy: Nanti daddy buka laptop.
Adam: Lukislah daddy. Adam tak nak komputer
Daddy: Haih. OK kejab. Daddy ambil pensel.

Selepas 15 minit.

Daddy: Haa dah siap. Tapi tak cantik sangat.
Adam: (peluk lukisan sheep)
Daddy: Nak pergi mana?
Adam: Adam nak tidur daddy.
Daddy: Ayam goreng, hot chocolate semua tak nak?
Adam: (geleng)
Daddy: Pelik- pelik je Adam ni. Good night Adam.

Daddy terus melukis sheep. Lukisan yang bagi pada Adam tak cantik. Hmm...mama pun tak pandai melukis. Lukis kaki orang tapi hasil macam belalai gajah (hahaha saya ingat lagi tau!).