Saturday, October 17, 2015

Nightgown

Abang beli sehelai nightgown semasa di Las Vegas. Abang beli walaupun abang tahu awak tak ada untuk pakai. Ingat tak beberapa hari sebelum kita berpisah, awak minta nightgown. Ceritanya bermula bila abang beritahu awak yang abang nampak nightgown yang seksi di sebuah butik tapi abang segan nak beli.

Abang beli nighty warna merah. Awak kata nak nighty yang seksi. Tentu cantik dan kelihatan sangat seksi kalau awak pakai. Abang rindukan awak yang comel, yang mengada-ngada, yang manja. 

Selamat malam, cinta.

_ _ _

Waktu selalu berbaik hati mengobati kesedihan. Jadi, kalau kita tidak tahu harus bagaimana lagi, biarkan obat ini bekerja. Cobalah untuk survive, menunggu, cepat atau lambat kesedihan itu akan pergi. - Tere Liye 


Oregon
3.50am