Wednesday, August 26, 2015

I can see it in your eyes

“Esok kita pergi Harvard nak?”
“Buat apa?”
“Jom la. Rindu zaman kolej”
“Zaman kampus mana ada masalah. Sekarang lain”
Take a break. Cari makwe baru”
“Makwe banyak dah. Tak payah cari”
How’s your wound?
“Luka apa?”
“Hati”
“Entah”
Don’t kill yourself
“Kalau bunuh diri kesian la semua perempuan luar sana tak dapat kasih sayang hahaha”
“Poyo”
“Betul apa. Za, hantar balik boleh?”
You better get some rest. Muka pucat macam mayat”
“Tak cukup rehat”
“Kerja tak kira masa ni la jadinya”
“Hantar dekat stesen pun okey”
Stay at my apartment nak?”
“Gila. Kena cekup tak pasal je!”
“Mana la ada pencegah maksiat. Ni New York”
“Tak boleh. 
I bukan nak goda you pun”
“I don’t trust you
“Why?”
“Banyak benda dah jadi antara kita. Tak kan lupa kot”
Sorry...
“Kalau ikutkan hati, aku memang tak nak antara kita ada contact tapi dulu dia pernah pujuk aku. Jadi aku pun termakan la pujuk dia suruh berbaik-baik ni”
“Where is she living now?”
“Sabah”
“You must so in love with her. I can see it in your eyes”
“Mengantuk dah ni and I don’t trust you. Hantar dekat stesen”
“Macamlah I nak goda you sangat”
“Hahaha still I don’t trust you

Some memories

“You look wow with new suits, scent and goatee”
“Aha thanks”
“What’s wrong. Jauh menung
“Nothing. Just thinking of some memories that are gone”
“Some memories of past always hurt”
“Yeah”
“Thinking about her?”
“Hmm...”
“Lepas apa dia dah buat?”
“Cinta tak ada logik, Za”
“Segnius homines bona quam mala sentiunt”
“Dah nama pun pain
“Care to dance with me?”
“I don't dance”
“Just for tonight”
“I just dance with my partner”
“You have no partner, here I am”
“I better leave. Headache”
“Are you alright?”
I’m fine. Sakit sikit je”

Friday, August 21, 2015

The heart has its own language

Hey playboy. Where have you been hiding?
“Ada kerja dekat site. Happy je. Ada apa-apa ke?”
“Kerja apa?”
“Ada la kerja sikit”
Humble as usual. Anyway dengar sayup-sayup dah ada handphone
“Cepat je dapat tau. Kenapa? Nak mintak nombor la tu”
“Ye la dearest. May I have your number Romeo?
In return dapat apa?”
Anything you want to!
“Min, sejak bila Za masuk O&G?”
Almost 6 months now. She will be in New York this weekend
“Bukan dia memang dekat sana ke?”
“Washington la dear. Why you asking me?
“Tengok nama dia ada dalam senarai. Tak tahu pun dia masuk O&G”
Casanova...skandal merata tempat”
“Dah nama pun buaya darat”
“Eleh buaya darat konon. Rindu your ex meleleh jugak
“Hati punya pasal Min. Kalau boleh di pilih-pilih senang la. Nama pun jatuh cinta. Kena jatuh baru dapat cinta”
Am I on your ignore list?
Can’t remember
“Menyampah. Too many to remember eh?”
“Hahahaha too many to remember them all. Farid al-Atrash sihat?”
“Huh!”
“Aik lain macam je”
He’s not like you la dear
“Habis?”
I just say goodbye to him
“Laaa. Habis bila nak jumpa Mr. Right
Mr. Right tak nak I. What else should I do?
Who is your Mr. Right? Teringin betul nak kenal”
Hello Mr. Z. You’re my Mr.Right
“Hmm...”
For the first time we have met in HBS dearest
The old sweet time
Don't feel sorry about that.The heart has its own language

Thursday, August 20, 2015

Hati Ayah

7 pagi.


Umar: Kakak tanganlah excited tangat.
Daddy: Kakak excited kenapa Umar?
Umar: Daddy pergi kelja macam daddy orang lain.
Kakak: Kakak tak pernah nampak daddy pergi kerja.
Daddy: Daddy jarang masuk office tapi hari ni daddy kena pergi.
Kakak: Tie daddy senget. 
Daddy: Daddy dukung Adam tadi. 
Umar: Daddy tangan bawa motor laju-laju.
Daddy: OK!
Kakak: Nanti daddy mesti dapat banyak surat.
Umar: Whatsep la Kakak. Sulat-sulat orang tak layan.
Kakak: Kakak old school
Daddy: Hahaha macam-macam la. Daddy dah tua dah. Isk!. 
Adam: Daddy.
Daddy: Adam duduk dengan Kakak eh. Jangan nakal-nakal okey.
Adam: Adam good boy.


10 pagi


Adam: Daddy. Adam nak tengok kartun.
Daddy: Adam ajak Kakak teman eh. 
Adam: Bila daddy nak balik?
Daddy: Kejab lagi daddy balik.


12 tengah hari


Adam: Daddy. Adam nak makan.
Daddy: Nenek Siti dah masak ye.
Adam: Ayam goreng sedap. Daddy makan dengan Adam.
Daddy: Adam makan dulu. Nanti balik daddy makan.


5.30 petang


Adam: Daddy. Adam nak main bola.
Daddy: Adam dekat playground dah?
Adam: Abang tak nak main bola dengan Adam.
Daddy: Hmm...Adam ajak Kakak main bola eh.
Adam: Adam nak main bola dengan daddy.



9.30 malam


Adam: Daddy. Adam nak tidur.
Daddy: OK. Jangan lupa basuh kaki. Baca doa sebelum tidur.
Adam: Daddy tak nak balik? Adam rindu daddy.
Daddy: Kejab lagi daddy balik. Adam tidur dulu.



3.45 pagi


Daddy: Adam tak tidur lagi?
Adam: Adam tidur. Adam bangun. 
Daddy: Tadi daddy cari Adam dalam bilik. 
Adam: Adam tidur bilik daddy. Adam rindu daddy.
Daddy: Adam sambung tidur. Daddy tepuk-tepuk.
Adam: (bangun dari katil)
Daddy: Adam nak pergi mana?
Adam: Adam simpan ayam goreng. Adam panas ayam.
Daddy: Adam pandai ke nak panaskan ni. Daddy panaskan eh.
Adam: Adam pandai. Kakak ajar Adam.
Daddy: Adam dah makan petang tadi?
Adam: Adam tunggu daddy. Adam nak makan dengan daddy.
Daddy: Kita makan sama-sama eh.
Adam: (angguk)

Tuesday, August 18, 2015

2.09am

Tell me now where was my fault in loving you with my whole heart?

Monday, August 17, 2015

2.11 am

What if someone you never met, someone you never saw, someone you never know, was the only someone for you?

Sleepless in Seattle (1993)

Selama-lama tak boleh lupa

Baru balik dari pelantar minyak. Cabaran paling utama ialah rindukan anak! Talian telefon di pelantar tak jelas (kerana menggunakan sambungan satelit). Banyak bunyi bising dan talian mudah putus. Pergi pelantar 5 hari. Dapat bercakap dengan anak cuma  dua kali. Adam paling kuat merenggek. Dengar Adam menangis rasa nak terbang balik rumah. Tapi kerja...tak dapat buat apa-apa selain bersabar. 

Dalam perjalanan balik ke Ipoh, kereta terlanggar tayar lori yang di tinggalkan di tengah jalan. Habis bahagian depan kereta. Manusia di Malaysia agaknya memang kurang kesedaran sivik dan selalunya kurang sikap bertanggungjawab. Dan PLUS pula tak tahulah mereka buat kerja dengan betul atau tidak. Sudah banyak kali kejadian seperti ini berlaku (malah kerap berlaku) dan seperti tiada tindakan susulan. Sudah buat laporan di balai polis dan bawa kereta ke bengkel. Salinan laporan sudah di hantar ke PLUS. Tak tahulah mereka akan bayar ganti rugi atau tak.

Ketika sampai di rumah, tersepak kayu. Jatuh dan terseliuh. Sepatutnya esok penerbangan ke New York. Terpaksa di tangguhkan. Terseliuh, tak dapat buat apa-apa kecuali berehat. Makcik Siti tak bagi banyak bergerak. Sudahlah kena minum air akar kayu. Selalunya perempuan bersalin saja minum air akar kayu. Tak tahu terseliuh pun kena minum juga. Punyalah pahit tapi kena telan juga sebab Makcik Siti tunggu sambil cekak pinggang. Kalau tak habis nanti mahu kena bebel sampai tengah malam.

Umar hadiahkan BlackBerry Passport dan Motorola klasik. Umar cakap dia bagi Motorola klasik sebab daddy dia suka barang antik (sabar banyak dengar alasan Umar!). Beli sim kad Celcom (Umar cakap daddy kipas mati Celcom). Belum sempat ke Celcom Centre untuk aktifkan semula nombor lama (itu pun kalau boleh di aktifkan semula). Taklah selalu tengok skrin sebab tahu nombor baru. Tak mungkin dapat SMS dari sesiapa. Tapi taklah dapat di nafikan sesekali terasa lain juga bila check inbox. 

_ _ _

Petang tadi hujan lebat berserta guruh dan kilat. Saya teringatkan awak. Awak selalu takut dengan kilat dan guruh yang berdentum kuat. Biasanya, kalau saya ada, saya yang akan tenangkan awak. Saya tak suka awak menangis sebab takutkan guruh tapi jarang sekali awak tak menyorok bawah bantal, dalam selimut bila kilat sambung-menyambung. Saya rasa awak comel sangat bila menangis takutkan guruh. Saya selalu tak percaya awak takutkan bunyi guruh (maklumlah awak iron lady). Tapi itulah hakikatnya. Awak takut guruh. 

Malam tadi saya mimpikan awak. Awak bercakap baik-baik dengan saya. Selalunya awak suka marah-marah, selalu garang. Saya tak faham kenapa awak suka marah saya. Walhal sebenarnya saya yang patut marah-marah dan garang. Ini tidak, terbalik. Agaknya saya rindukan saat awak bercakap baik-baik dengan saya. Tak garang, tak marah-marah, tak keluarkan perkataan yang pedas dan menyakitkan hati saya. Tapi itu cuma dalam mimpi dan saya pun tak berharap akan jadi kenyataan. Saya sebolehnya cuba mengelak dari menulis tentang awak tapi kadang-kadang (selalunya) tak berjaya. 

Saya belum delete emel yang awak hantar. Belum lagi delete lagu yang kita kongsi. Saya tak ada habit baca emel lama. Saya tak ada habit baca catatan lama. Cuma kadang-kadang saya buka emel dan baca mana-mana emel yang awak hantar. Kebanyakan emel ketika awak berada di luar negara. Ada emel yang buat saya senyum. Ada emel yang buat saya sedih. Satu emel ada pelbagai perasaan. Dalam hidup, saya tak pernah gagal. Tapi tahun lepas saya gagal. Saya mengalami kekalahan yang teruk. Saya gagal bila awak ambil keputusan untuk tinggalkan saya. Inilah kali pertama saya rasa sesuatu yang amat pedih, amat menyakitkan hati. 

Lama tak sentuh buku pantun. Sejak awak tak ada, saya rasa malas pula nak baca pantun. Agaknya saya rindu nak bagi awak pantun. Bila saya bagi awak pantun, biasanya awak cuma gelak kemudian senyum. Saya rasa itulah saat yang paling saya rindu tentang awak sebab awak manja jadi awak selalu mengada-ngada. Saya orang lama. Saya tak pandai cakap I love you. Saya malu. Kalau bagi awak pantun, taklah rasa malu sangat. Saya tak ada kawan nak bergosip. Saya tak ada kawan nak mengusik. Rasanya saya hilang kekasih dan kawan baik. Masa tak boleh di undur. Saya tak tahu apa khabar awak sekarang. Saya harap awak hidup lebih gembira dari dulu. 


Raden Galuh menyebut nama,
Bergelar Cekel Waneng Pati,
Sakitnya rindu terlalu lama,
Tidak tertahan rasanya hati.

Cenderawasih burung yang sakti,
Singgah menghinggap di atas karang,
Kasih berputik di dalam hati,
Dari dulu sampai sekarang.

Watu terdiri mengarah awan,
Jadi sembah raja berhala,
Ingat kakanda padamu puan,
Selama-lama tak boleh lupa.

Friday, August 07, 2015

Sabtu lepas

Sabtu lepas memenuhi jemputan ke rumah Hana. Itu pun sebab abah Hana yang jemput. Rasa macam pergi temuduga jadi menantu pilihan. Sampai di rumah Hana seperti waktu yang di tetapkan. Tok Wan dan Opah Hana pun ada. Seperti yang di jangka, sesi temuduga akan bermula. 

Mula-mula abah Hana kata keluarga mereka akan adakan kenduri jadi minta sembelihkan lembu. Taklah cuak sangat. Dengan tenang ambil pisau dan sedia untuk menyembelih dan melapah lembu. Mujurlah bukan lembu. Abah Hana hanya gertak sahaja. Kena sembelih ayam kemudian cabut semua bulu ayam. 

Menggeletar juga tangan. Nasib tak lupa baca doa! Alhamdulillah berjaya sembelih ayam dengan jayanya. Nak tunjuk muka bangga lebih sangat pun tak boleh. Kena control macho. Walaupun sekadar sembelih ayam, bukan semua lelaki pandai lakukan. Tak rasa rugi berguru dengan Ocio waktu muda dulu.

_ _ _

Waktu makan tengah hari tak ada pun lauk ayam. Yang ada cuma gulai tempoyak yang sangat sedap. Makan bersama acar buah. Sempat juga minta resepi acar buah dengan Opah Hana. Nanti nak minta Makcik Siti buatkan. Tak ramai orang tahu masak acar buah. Selera betul makan di rumah Hana tapi makan cuma sepinggan walau hajat di hati nak tambah dua tiga kali. 

Petangnya main badminton dengan abah Hana. Rasa kekok sebab lama tak main badminton. Kalah teruk tapi tak apalah. Kalah menang adat permainan. Main badminton cuma satu set sahaja kemudian Hariz (abang Hana) masuk court. Tengok mereka bermain. Agaknya mereka anak-beranak memang handal dalam badminton. 

Malamnya kena jadi imam solat Maghrib. Sebelumnya kena azan. Tak rasa gemuruh. Tak rasa cuak. Tapi risau juga kalau-kalau tersalah azan. Habis jemaah, Tok Wan minta baca al-Quran. Baca al-Quran boleh tahan lagi tapi bila dia tanya tafsir surah, ada yang boleh jawab ada yang tak. Hanya 3 soalan boleh di jawab. Dua soalan tak dapat. Rasa tebal betul muka.

_ _ _

Selepas Isyak, bermulalah perbincangan yang serius. Abah Hana minta jawapan untuk hajatnya yang lepas. Jawab dengan tenang dan penuh kejujuran. “Saya tak ada rasa sayang pada Hana tapi saya mengaku saya mula senang dengan dia. Cuma buat masa ini saya belum bersedia untuk satu perhubungan baru”. Keluarga Hana tak cakap apa-apa cuma angguk faham. 

Keluarga Hana kecil sahaja. Walaupun berada di sana hanya beberapa jam tapi rasa cukup selesa. Hariz juga okey. Agak sporting orangnya. Siapa sahaja yang berkahwin dengan Hana bertuah sebab selalunya ‘abang long’ very over-protective pada adik perempuannya. Tak percaya pada lelaki yang rapat dengan adik mereka. Hariz tak ada ciri-ciri tersebut dan dari riaknya mudah di bawa berunding.

Hampir seminggu tak Skype dengan Hana (sejak Sabtu minggu lepas). Entah bagaimana penerimaan dia tak dapat di pastikan. Buat masa ini lebih selesa hidup solo dan tumpukan hidup pada pembangunan kerjaya. Ada beberapa projek baru yang perlukan perhatian yang lebih. Dan yang paling penting, fokus utama adalah menjadi a good daddy pada anak-anak.

Pusat Komuniti

Pusat Komuniti yang sudah berkubur bakal di bangunkan semula. Kali ini tak berhasrat serahkan kepada sesiapa untuk urusakan pusat itu nanti. Sewa premis kedai dua tingkat dengan harga RM 3500 sebulan. Isnin lepas kontraktor datang untuk proses pengubahsuaian 30% dari bangunan asal. Mulanya hendak biarkan sahaja Pusat Komuniti berkubur tapi Ham dan kawan-kawannya serius benar hendak bangunkan kembali pusat ini. 

Dengan konflik peribadi yang tak sudah-sudah, hilang diri, hilang arah memanglah tak terfikir sangat tentang Pusat Komuniti yang hanya tinggal nama. Tambahan pula banyak masalah timbul dengan pihak berkuasa. Moga pusat yang bakal di bina semula ini akan kekal dan dapat menabur sedikit bakti buat kanak-kanak yang kurang bernasib baik, remaja yang ketinggalan dan buat orang yang putus harap. Dalam proses menempah beberapa buku baru dari penerbit. 

Akan kembali mengajar kanak-kanak membaca, menulis dan mengira. Kembali buka kelas untuk pelajar kelas belakang yang ketinggalan. Kembali memberi harapan untuk pelajar kelas corot untuk terus maju ke depan. Kembali memberi sinar buat yang memerlukan. Paling penting, kembali mencari diri sendiri yang telah hilang arah. Moga diri tak sesat terlalu jauh. 

Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan waktu (Hadis Riwayat Bukhari) .

Wednesday, August 05, 2015

Things will get better

Dengar radio. Ucapan malam ini banyaknya yang patah hati – kekasih sedang bahagia dengan orang lain dan yang sewaktu dengannya. Patah hati bukan senang di ubati. Ramai yang sukar bangun setelah mengalami kekecewaan yang parah. Luka di hati tak sama dengan luka yang nampak di mata. Orang kata “One of the hardest lessons in life is letting go. Whether it’s guilt, anger, love, loss, or betrayal. Change is never easy. We fight to hold on and we fight to let go”.

Kita tak ada pilihan. Kita perlu terus maju ke depan. Kita perlu terus melangkah. Kita perlu lepaskan diri kita dari belenggu masa silam. Tidak dapat tidak, kita perlu lepaskan memori silam. Memori silam akan buat kita terus bernostalgia sedang orang yang meninggalkan kita tak rasa apa-apa bila kita tak ada dalam hidupnya. Malah, mungkin dia teramat bersyukur kerana segalanya kekusutan, masalah, belenggu sudah berakhir.

Secara perlahan-lahan, kita perlu lepaskan perkara silam supaya perkara baru akan hadir dalam diri kita. Tak perlu tergesa-gesa. Perkara ini tentu akan mengambil masa yang panjang. Orang kata “Great things take time”. Moga hari-hari selepas ini kekal indah dan berwarna-warna. Moga hari-hari selepas ini lebih baik dari sebelumnya. Moga hari-hari selepas ini mengajar diri tentang banyak perkara baru. Orang selalu kata “Stay strong. Because things will get better. It might be stormy now but it can’t rain forever”.

Lagipun hendak takutkan apa “Indeed what is to come will be better for you than what has gone by”. (Surah Ad-Duha ayat 4)

Tuesday, August 04, 2015

Sekelip Mata

Umar: Banyaknya lipash.
Daddy: Kedai ni kan dah lama tutup. Umar ni pun.

Pap! Pap! Pap!

Umar: Tekelip mata dia mati daddy.
Daddy: Dah Umar pukul dia dengan kasut mesti la dia mati.

_ _ _

Umar: Daddy, banyaknya temut hitam.
Daddy: Semut hitam tak apa. Dia tak gigit orang.
Umar: Liwayat temut di tangan adik.
Daddy: Laa yang pergi spray semut tu buat apa. Habis mati semua.

Monday, August 03, 2015

Reputasi

Daddy: Macam mana Umar boleh jatuh ni? Ada luka tak?
Umar: Adik pemain golf. Pemain golf tak leti berlali.
Daddy: Habis kenapa lari?
Umar: Daddy lali.
Daddy: Daddy jogging. Meh daddy dukung.
Umar: Adik tak nak daddy dukung macam orang tawin.
Daddy: Dah nak dukung macam mana?
Umar: Adik panjat belakang daddy haa
Daddy: Lutut tu sakit. Jangan nak mengada-ngada.
Umar: Jatuh reputasi adik, daddy.
Daddy: Reputasi apa pulak ni?
Umar: Nanti tawan-tawan adik nampak daddy dukung adik habishlah reputasi adik.
Daddy: Takde takde, Daddy dukung. Reputasi la apa la. Lutut dah darah tu.
Umar: Reputasi adik penting daddy.
Daddy: Daddy ada kuasa veto. Jangan lupa. Jadi dengar cakap. Jangan bantah.
Umar: Baiklah. Telpaksa adik paselah.

Sunday, August 02, 2015

I choose to

I choose to love you in silence, for in silence I find no rejection.
I choose to love you in loneliness, for in loneliness no one owns you but me.
I choose to adore you from a distance, for distance will shield me from pain.
I choose to kiss you in the wind, for the wind is gentler than my lips.
I choose to hold you in my dreams, for in my dreams, you have no end.

- Rumi

Saturday, August 01, 2015

My partner

I do miss my gossip partner.